Friday 31 December 2021

𝗠𝗶𝘀𝗶 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗕𝗮𝗻𝗷𝗶𝗿 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿.

 Misi Banjir Dec 2021

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Mohon bantuan segera untuk mangsa banjir Selangor yang terkesan dan terjejas teruk, kami mengalukan sebarang bentuk bantuan kepada mangsa banjir. Sumbangan amat bermakna kepada mangsa banjir. Sila serah sendiri kepada penerima.

Moga Allah gantikan yg lebih baik mudah- mudahan.

Ini antara keperluan dan barangan yang diperlukan buat masa sekarang :

MAKANAN & MINUMAN

Air mineral 

Biskut atau roti kering 

Teh/kopi

Mee Segera

Beras

Gula

Susu pekat Manis

Makanan dlm tin

Telur


Peralatan Bantuan Kesihatan (Medical Aid Kit)


Kelengkapan kebersihan/penjagaan diri.

Sabun mandi

Sanitizer

Syampu

Tuala Mandi

Tuala Wanita(Sanitary Pad)

FaceMask

Sabun cuci rumah.


PAKAIAN


Telekung

Tudung

Kain pelikat


KEPERLUAN KANAK-KANAK/BAYI


Susu Bayi

Makanan Bayi


KEPERLUAN TIDUR


Selimut

Tilam

Bantal

Toto.


Jika ada yang berhasrat untuk menyumbang sila hubungi

atau hantar terus ke kawasan berikut.


Misi Banjir 1, Jingga 13 Selangor

010-958 7654

https://maps.app.goo.gl/7w1YfiMHAWUH17Wp7


Misi banjir 2, Jingga 13 Selangor 

0172631950

https://maps.app.goo.gl/5jwVJRVD9JnQiNYVA


Misi Bantuan Banjir 3 Jingga 13 Selangor.

https://maps.app.goo.gl/577JUh47wvZsAoHYA


Misi Banjir 7 Jingga 13 Selangor

017-624 8153

https://maps.app.goo.gl/Wrsjy5fXMwSkHh6A8


Misi banjir 8, jingga 13 Selangor

014-366 9326

https://maps.app.goo.gl/XQZDWYoeJpMG7m5BA

Ataupun boleh menyumbang terus ke Tabung Derma Kilat Mangsa Banjir Jingga13 Malaysia seperti didalam poster di bawah:





Jingga13 Malaysia membantu mangsa banjir di Pahang

 29/12/2021 

Pertubuhan Jingga13 Malaysia melalui Sukarelawan Jingga13 Pahang hari ini berganding bahu membantu mangsa-mangsa banjir Kampung Sekara Kertau Pahang Sukarelawan Jingga13 sedang membantu mencuci salah sebuah  rumah mangsa banjir.

Kampung Sekara Kertau yang agak terpencil dan belum menerima bantuan dari mana-mana pihak menjadi tumpuan utama  Sukarelawan Jingga13 untuk membantu.







Semoga mereka-mereka yang terlibat dengan musibah banjir ini diberikan kekuatan diatas dugaan yang datang dan sentiasa dimudahkan urusan mereka.

Aamin..

Pesanan dan perjuangan terakhir Allahyarham Cikgu Fariz Musa untuk rakyat akan kami jalankan sebaik yang boleh... Insya allah...

Demi Rakyat.

Al Fatihah

(dibaca)

#Banjir2021


Kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk mangsa banjir boleh buat sumbangan ke Tabung Bantuan Banjir Jingga 13 Malaysia seperti dibawah. 

Terima Kasih..




#Jimgga13

MUAFAKAT PRIHATIN BERANI

JINGGA 13 MALAYSIA





Wednesday 29 December 2021

Misi Bantuan Banjir YB Hassan Abdul Karim bersama Sdr Silvakumar Pegawai Khas YB Hassan dan JINGGA13 MALAYSIA.

Program sumbangan YB Hassan Karim ini telah diserahkan kepada NGO JINGGA13 MALAYSIA yang dipimpin oleh Allahyarham Cikgu Fariz Musa sewaktu hayatnya bagi mengenal pasti mangsa-mangsa banjir yang belum menerima bantuan dari mana-mana pihak sekali gus membuat penyerahan terus kepada penerima.



Sewaktu awal program ini dijalankan, kami dari KELUARGA JINGGA13 MALAYSIA telah dimaklumkan yang Allahyarham Cikgu Fariz Musa baru saja ditidurkan akibat jangkitan virus Covid19. Berpegang pada ajaran dan pesanan terakhirnya 'JINGGA 13 JANGAN PERNAH BERHENTI MEMBANTU RAKYAT YANG MEMERLUKAN' dalam sebak dan gelisah kami gagahi juga diri untuk meneruskqn program yang dirancang.

Bermula di Kampung Baru Hicom, Sukarelawan Jingga13 telah mengagihkan sebanyak 70 set bantuan kepada 70 keluarga yang memerlukan dan masih ramai lagi penduduk kampung tersebut yang mengharap agar ada lagi yang akan datang membantu. Kemudian Sukarelawan JINGGA 13 ke Perumahan Seksyen19 dan mengagihkan kepada 60 keluarga dari 477 keluarga yang memerlukan. Turut hadir membantu menyerahkan sumbangan kami ialah YB Khalid Samad, Ahli Parlimen kawasan dan selebihnya diserahkan ke Dewan Orang Ramai Jalan Cangkul untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Sumbangan berupa; barangan keperluan asas (barang dapur), hand sanitizer, pelitup hidung dan mulut, body shower, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, pembalut wanita, obat nyamuk, selimut bujang, bantal, dan tilam bujang.

Walaupun agihan sumbangan telah habis diedarkan namun keperluan pada mereka masih lagi tidak mencukupi kerana jumlah mangsa banjir ini terlalu ramai dan hampir kesemuanya memang perlu dibantu.

















Kepada Rakyat Malaysia yang dermawan, Dato-Dato, Tan Sri- Tan Sri,Badan-Badan korporat, NGO-NGO dan mana-mana Individu yang ingin menyumbang boleh terus berhubung terus dengan kami ditalian dan no. akaun yang tertera dibawah.👇🏻👇🏻👇🏻



Terima Kasih yang tidak terhingga dari kami kepada Allahyarham Cip kami Cikgu Fariz Musa, YB Pak Hassan Karim & dermawan serta sukarelawan yang selama ini membantu, menderma bagi kamiu di Jingga 13 di seluruh Malaysia bagi menjalankan aktiviti kebajikan kami. 

Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa semua... Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Fariz Musa yang telah pergi meninggalkan kita semua.,,

Aamiin Ya Rabbal Alaamiin..







Monday 27 December 2021

Majlis Yasin & Tahlil buat Almarhum Cikgu Fariz Musa.



Assalamualaikum wrh. wbt.

Majlis Bacaan Yasin & Doa Tahlil buat Almarhum Cikgu Fariz Musa.
Hari Isnin, Selasa & Rabu
27, 28 & 29 Disember 2021
Jam 9 mlm.
Google meet
Harap dapat sebarkan
Moga Allah rahmati...
Pimpinan : Ust.Dr, Badrulamin 🤲
#MuafakatPrihatinBerani
Jingga13Malaysia



Ucapan Penaung Jingga13 Malaysia atas pemergian Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia Allahyarham Fariz Musa



Sayu tatkala menerima berita pemergian saudara Fariz Musa pagi tadi. Saudara Fariz adalah pemimpin rakyat yang teruji, setia dan cekal dengan perjuangan rakyat bawahan.


Ia ternyata satu kehilangan besar buat keluarga KEADILAN seluruhnya.

Saya doakan keluarganya dikurniakan kekuatan serta ketabahan yang tinggi. Semoga ruh beliau ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

~DS Anwar Ibrahim

Sunday 26 December 2021

Jingga13 Malaysia melancarkan Tabung Prihatin Mangsa Banjir 2021

Melihat kepada bencana banjir yang melanda negara akibat dari ribut monsun Timur Laut, Jingga13 Malaysia kini melancarkan Derma Kilat Mangsa Banjir 2021. Antara yang terkesan dari bencana ini adalah dari negeri Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. 

 



Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam No.Akaun: 1404 1010 093 156 atas nama Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia. Setiap sumbangan hendaklah disertakan dengan bukti slip kemasukan dan di hantar ke nombor whatsapp Bendahari Agong Jingga13 Malaysia iaitu +6019-9833885

Kami di Jingga13 Malaysia amat berterima kasih dan menghargai setiap sumbangan Rakyat Malaysia dan akan berusaha menyalurkan bantuan tersebut secepat yang mungkin bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir!

Semoga dengan sedikit usaha kami dan rakyat Malaysia yang menderma ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka. 

Diharapkan pengorbanan rakyat Malaysia yang menderma untuk bencana ini akan dibalas oleh Allah SWT di dunia ataupun di akhirat kelak.. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin..

Saturday 25 December 2021

Badan NGO Jingga13 Malaysia bersama Yayasan Aman pimpinan DS Wan Azizah menyumbangkan penjana solar kepada mangsa banjir

 Yayasan Aman, Jingga13 membantu penduduk rumah pangsa Taman Sri Lembayung selepas 5 hari terputus akibat banjir ~ Zaidatul Syreen Abdul Rashid




SHAH ALAM – Yayasan Aman dan Jingga13 Malaysia menyumbangkan tujuh penjana tenaga solar kepada penduduk rumah pangsa Taman Sri Lembayung di Seksyen 25 pada Khamis, susulan banjir baru-baru ini.

Penduduk disitu hidup tanpa bekalan elektrik selama lima hari berikutan banjir.

Pengerusi Yayasan Aman Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa kira-kira sejam mendengar rungutan penduduk berikutan tragedi itu. Pengerusi surau rumah pangsa Taman Sri Lembayung yang berhasrat dikenali sebagai Ustaz Zulkifli itu melahirkan rasa terima kasih kepada janakuasa itu kerana dapat membantu meringankan beban penduduk semasa.

“Sumbangan ini amat kami hargai, kerana kami akan dapat menggunakannya sekiranya berlaku bencana lain, tanpa perlu ke plaza tol (Sri Muda) untuk mengecas telefon bimbit kami seperti sebelum ini.

“Selain itu, ia lebih selamat – ia tidak memerlukan bahan api. Ketika ditimpa musibah, memang tidak praktikal untuk mencari minyak terutama pada waktu malam,” katanya.

Penjana tenaga solar itu, katanya, akan disimpan di surau An-Nur, yang mudah diakses penduduk semasa kecemasan.

Zulkifli turut mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat atas kebaikan mereka sepanjang dua hari lalu.

“Kami telah menerima bekalan makanan yang tidak berkesudahan. Malangnya, bantuan masih belum datang daripada pihak berkuasa ,” keluhnya.




Ketua biro sukarelawan Jingga13 Selangor Abdul Rahman Mageswaran Pragas (berpakaian biru) menggesa pihak berkuasa membina kabin di sekitar zon perumahan di mana mereka boleh menyimpan peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan, bot kembung, dan panel solar mudah alih. 

Selain penjana tenaga solar yang disumbangkan, 350 hamper makanan turut diagihkan kepada penduduk.

Sementara itu, penyelaras program Yayasan Aman Mikhael Iskhandaar berkata pertubuhan itu turut merangka "pelan bantuan" untuk penduduk mengatur diri sekiranya bencana serupa berlaku dalam masa terdekat.


“Penduduk menerima idea itu secara positif dan menubuhkan jawatankuasa bertindak,” katanya.


Menurut penduduk, tiada kakitangan perubatan atau sukarelawan menghubungi mereka sejak banjir.


Ketua Biro Sukarelawan Jingga13 Selangor Abdul Rahman Mageswaran Pragas menggesa pihak berkuasa membina kabin di sekitar zon perumahan di mana mereka boleh menyimpan peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan, bot kembung dan panel solar mudah alih.


Beliau juga mengesyorkan agar kerajaan mengenal pasti kawasan penempatan yang sesuai untuk penduduk sekiranya berlaku bencana lagi.


“Daripada tragedi ini, saya berharap kerajaan akan melihat secara serius alternatif seperti memperuntukkan pusat kecemasan di kawasan yang lebih tinggi untuk rakyat, atau mungkin menyediakan siren dan pembesar suara untuk memberi amaran tentang bencana yang akan berlaku supaya mangsa boleh mencari perlindungan di kawasan yang lebih tinggi,” katanya lagi


Banjir minggu lalu adalah antara bencana paling teruk di negara ini , setakat ini meragut 37 nyawa, manakala 10 lagi masih hilang. – The Vibes, 25 Disember 2021

Dato Seri Wan Azizah turun ke Flat Sri Lembayung bagi menghulurkan bantuan segera!

 La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..

Terima kasih Kak Wan menghulurkan bantuan segera daripada Yayasan Aman.
Terima Kasih kepada semua sukarelawan Yayasan Aman & Jingga 13 Selangor yang sudi menghulurkan masa dan tenaga selama 4 hari 3 malam membantu misi bantuan kecemasan banjir di check point Flat Sri lembayung, Taman Sri Muda.
Malam tadi selepas mesyuarat selesai tubuhkan jawatankuasa bertindak banjir, Alhamdulillah selepas 3 jam pihak TNB berjaya salurkan bekalan letrik setelah 4 malam tiada letrik. Penduduk hanya menggunakan lilin menerangi rumah masing masing. Kegembiraan teramat sangat.
Terima kasih juga di ucapkan kepada Pengurus TOL LKSA , Pengerusi Surau Ustaz Zul , Abang RELA dan Ketua Ketua Blok 1 hingga ke blok 7 dan keseluruhan jawatankuasa bertindak, banyak memberi kerjasama yg padu menyelaraskan WAR ROOM banjir DATA penghuni.
Sijil Penghargaan drpd Yayasan Aman akan menyusul kemudian.
Inn Sha Allah.
Special Thanks to Shukri Saad , Mikael Iskandar & Afzanizam Ajai Rahman Sumber: Mikael Iskandar @ DK Vikcy