Thursday 24 December 2020

SELAMAT HARI NATAL DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA



 

SALAM TAKZIAH DARI JINGGA13 MALAYSIA DI ATAS PEMERGIAN BONDA KOORDINATOR JINGGA13 MELAKA , REST AND PEACE

Jingga13 Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada saudara Shah Kesuma Jaya koordinator jingga 13 Melaka yang baru kehilangan bonda tercinta madam Saras A/P Adaikan di Hosputal Melaka . 

Semoga  saudara Shah Kesuma Jaya tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini . 

Rest And Peace . 

Tuesday 22 December 2020

SEMOGA BONDA KOORDINATOR JIINGGA13 MELAKA TABAH DAN SEGERA SEMBUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Koordinator Jingga 13 Melaka, Syah Kesuma Jaya memohon bantuan dari komrad2 sekelian agar mendoakan semoga ibu beliau yang sekarang diDi Hospital Besar Melaka selamat daripada menjalani pembedahan  pada hari ini. Akan ada 2 kali pembedahan selang 4 jam iaitu di perut dan usus. Berikut merupakan kenyataan daripada saudara Syah sendiri :

" Ibuku, madam Saras A/P Adaikan akan menjalani 2 pembedahan hari ini di perut dan usus. Mohon Du'a komrad2 agar kedua2 pembedahan sukses Dan Ibuku kembali sembuh sihat walafiat. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ Robbi Yassir Wal Atul Assir Taimin Bil KhoirπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ"

Jingga13 Malaysia mendoakan agar bonda Sdr Syah Kesuma Jaya , Koordinarir Jingga13 Melaka tabah dan segara sembuh . 

Sunday 20 December 2020

SUMBANGAN PRIHATIN COVID-19 JINGGA 13 KLUANG KEPADA HOSPITAL ENCHE BESAR HAJJAH KALSOM KLUANG.

Ahad, 20 Dis 2020 ,  11.00 Pagi , Jingga 13 Kluang menguruskan sumbangan buat kakitangan dan pesakit Hospital HEBHK Kluang yang telah diwartakan sebagai Hospital Covid-19 Johor.


Sumbangan barangan makanan dan minuman seperti biskut, air mineral, serbuk kopi dan lain2, hasil dari sumbangan orang2 persendirian yang telah diuruskan oleh Pn Teh Ben Siang.

Hadir menyampaikan sumbangan tersebut, Sdr Jaafar, Sdr Kalytas, Sdr  Rosli, Sdr Murti dari Jingga 13 Kluang, Pn Teh Ben Siang bersama rakan2 penyumbang, sumbangan telah diterima oleh pegawai yg bertugas di hospital terbabit.






Terima kasih kepada semua yang terlibat .