Thursday 10 December 2020

INI SERIUS TALK ! TAMPILKAN KOORDINATOR JINGGA13 NEGERI SEMBILAN

 


DAPATKAN TSHIRT JINGGA13 PREMIUM EDITION !!!!!!!!

 *JUALAN UNTUK TABUNG KEBAJIKAN JINGGA 13 (Seluruh Malaysia)*

*Harga RM31 Sehelai*

Utk lengan panjang tambahan RM 5.00 setiap helai (RM31+5)


*JINGGA 13 PREMIUM EDITION T-Shirt*

Sila Masukkan Nama /Kawasan/Saiz Baju.Bayaran boleh dibuat terus ke akaun *Shanizam Bin Sedom*

*01100-41-000-15347-1* *BSN*

Sila WhatsApp detail selepas bayaran dibuat sebelum 15 DISEMBER 2020. 

Sebarang Pertanyaan boleh terus berhubung dengan sdr Syah .

www.wasap.my/60137105050

www.wasap.my/60106637513

*Terima Kasih Atas Sumbangan dari Pembelian Anda.*

*Senarai Tempahan Baju JINGGA 13*

✅Bayaran Deposit.    👍Bayaran Penuh.



PROGRAM JEJAK ASNAF JINGGA13 KOTA TINGGI BERSAMA BAITULMAL

 Jingga13 Kota Tinggi terus menyelusuri segenap ceruk kawasan dan kampong demi menjejaki insan-insan istimewa yang kebanyakkan pemimpin terlepas pandang untuk dibantu.

Kami menemui seramai 6 orang yang layak untuk dibantu dan membawa aduan ini kepada pihak Baitulmal untuk tindakan selanjutnya. Alhamdulillah, aduan kami telah diterima dan diluluskan dalam masa 2 hari sahaja.

Hari ini kami menziarahi dan menghulurkan BANTUAN SEGERA dari Baitulmal kepada keenam-enam insan terpilih itu.

Sumbangan kali ini berupa Susu, Pampers dan barang makanan. Sdr Kamaluddin Md Simpol bersama En Azahari bin Adam selaku Amil Baitulmal Ulu Sungai Johor telah menyempurnakan tugas dan tanggungjawab menghulurkan bantuan kepada mereka.

Berikut adalah senarai penerima:

1. Puan Suhaili bt Mohd Satibi

Pesakit lumpuh terlantar.

Felda Bukit Besar.

2. Puan Suhana bt Mohd Tah

Warga Emas yang mengidap  stroke.

Felda Bukit Besar.

3. Puan Roziana bt Sejat

Pesakit mesteri yang mengakibatkan tidak boleh berjalan dan pandangan hampir buta.

Felda Bukit Besar.

4. Puan Azmira Nirwana bt Abas

Ibu Tunggal bersama 5 anak yang menghadapi kesempitan hidup akibat PKP

Felda Sg Sayong 

5. Puan Hafsah bt And Razak

Ibu Tunggal bersama 3 anak juga menghadapi kesempitan hidup akibat PKP

Felda Sg Sayong.

6. Puan Rosnah bt Ahmad

Ibu Tunggal bersama 3 anak

Juga menghadapi kesempitan hidup akibat PKP.

Felda Pasir Raja.

Semua sumbangan dan bantuan telah disampaikan oleh En Azahari bin Adam selaku Amil Baitulmal dan Sdr Kamaluddin Md Simpol selaku Koordinator Jingga13 Kota Tinggi.

Semoga bantuan ini dapat membantu meringankan beban kos sarahidup. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Baitulmal dan Jingga13 Kota Tinggi atas keperhatinan.


#MuafakatPrihatinBerani

Tuesday 8 December 2020

JINGGA 13 SEKIJANG BERSAMA PEJABAT AHLI PARLIMEN SEKIJANG EDAR PELITUP MUKA CEGAH PENULARAN COVID-19

Tanggal 5/12/2020 ,  Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Kawasan Parlimen Sekijang dengan kerjasama Jingga13 Sekijang (NGO) telah mengedar pelitup muka/mask kpd pengunjung2 di warung dan gerai makanan serta pasaraya di sekitar kawasan Segamat Bahru dan Bukit Siput. 



Sambil itu kami menerangkan kpd pengunjung2 di tempat2 tersebut betapa pentingnya mereka patuh kpd SOP untuk mengawal penularan Covid-19. 

Kes bahru pandemik ini sedang meningkat di daerah Segamat dan setiap mereka bertanggungjawab utk mengelak penyebaran Covid-19 di kalangan keluarga, jiran tetangga, rakan sekerja dan sesiapa sahaja yg mereka temui. Sambutan orang ramai terhadap penjelasan kami disambut dengan baik.









#LawanCovid19

#Kitajagakita

#PatuhiSOP

#Rakyatsihatnegaraselamat

Monday 7 December 2020

JINGGA13 KLUANG BERSAMA PKR KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN HARIAN KEPADA KELUARGA EN MOHD SUFIAN

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang menerima berita tentang 1 keluarga yang amat terkesan dengan virus covid-19 yang melanda Negara.

Atas sikap prihatin kepada rakyat yang dalam kesusahan, Keadilan Cabang Kluang bersama2 Jingga 13 Kluang, petang ini melawat keluarga tersebut yang tinggal di Tmn Muhibah, Kluang.


En Mohd Sufian yang berkerja sebagai tukang paip amat terkesan dengan keadaan sekarang, beliau yang menyewa rumah tersebut, tinggal bersama isteri, Pn Fauzah serta 4 orang yang masih bersekolah.

Ketua Cabang Kluang, Sdr Kalytas telah turun menyampaikan sumbangan barangan makanan tersebut bersama2 AJK Cabang Kluang dan juga Komrad Jingga 13 Kluang.





#KeadilanPrihatin

#MuafakatPrihatinBerani

#KeadilanKluang

#Jingga13Kluang