Sunday 15 November 2020

Jingga 13 Kota Tinggi bersama Amil Ulu Sungai Johor ziarah kasih 3 warga mohon bantuan

 Jingga 13 Kota Tinggi bersama En Ashaari bin Adam  , Amil Ulu Sungai Johor telah mengadakan ziarah kepada 3 warga yang memerlukan bantuan dan keprihatinan . 

Kes 1 yang diziarahi ialah Puan Asidah Ahmad yang telah memohon bantuan sara hidup . Beliau adalah seorang ibu tunggal yang tidak berkerja , malah terpaksa menjaga emaknya seorang warga emas yang mengidap pelbagai penyakit .

Manakala Kes ke 2 seorang warga emas bernama Puam Enon yang memerlukan bantuan perubatan  . Beliau yang juga merupakan seorang pesakit  lumpuh sejak tahun 2019 lagi selain menderita dakit-sakit lain . 

Kes ke 3 pula ialah bantuan perubatan di buat oleh seorang pesakit buah pinggang yang perlukan menjalani hemodylisis . Puan Galoh juga adalah seorang warga emas