Friday, 9 October 2020

SELAMAT PENGANTIN BARU MIKHEAL ISKHANDAAR DAN ZAIDATUL SHIREEN DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA

 Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan tahniah dan SELAMAT PENGANTiN BARU kepada Sdr Mikheal Iskhandaar Abdullah , Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia dan Sdri Zaidatul Shireen Abdul Rashid yang selamat diijabkabulkan hari ini. 



Semoga pernikahan mempelai 'merpati sejoli' ini akan dilimpahi kerahmatan dan kebahagiaan oleh Allah SWT hingga  ke jannah . 

Wednesday, 7 October 2020

JINGGA13 KLUANG BERSAMA PKR KLUANG ZIARAH WARGA EMAS DERITA SAKIT BUAH PINGGANG

6 Oktiber 2020 , Jingga 13 Kluang bersama Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang melawat 1 keluarga yang tinggal di Taman Kluang Barat, Kluang.

Puan Norasiah binti Rahmat yang merupakan seorang warga emas baru sahaja kehilangan suami tersayang, hari jumaat yang lepas. Suaminya telah terlantar sakit (stroke) selama 9 tahun.

Beliau yang tinggal bersama anak lelakinya yang masih bersekolah (tingkatan 4) hanya bergantung kepada pencen ilat arwah suaminya dan juga bantuan dari JKM.



Selain persekolahan anaknya, Pn Norasiah juga memerlukan kewangan yang banyak bagi rawatan dialisis dirinya, 3 kali dalam seminggu.

Sdr Jaafar dan Sdr Johan Arif dari Jingga 13 Kluang bersama Sdr Kalytas (KC Kluang) dan Sdri Teh Ben Siang dari Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang hadir dalam kunjungan prihatin tersebut, sedikit barang2 keperluan makanan harian dihulurkan bagi meringankan beban keluarga tersebut.





In Syaa Allah akan panjangkan kepada pihak2 yang berkenaan bagi membantu keluarga tersebut.

#Prihatin


Monday, 5 October 2020

EDZHA ZAINI DILANTIK KOORDINATOR NEGERI SABAH MUGEN SEBAGAI TIMBALAN

 Sdr Edzha Zaini telah dilantik sebagai Koordinator Jingga13 Negeri Sabah berkuasa pada 1 Oktober 2020 setelah pemecatan Sdr Faizal. Koordinator Negeri Sabah yang telah berpaling arah menyokong BN/PN sewaktu PRN Sabah tempohari.

Edza Zaini yng juga juga merupakan Koordinator Jinggawan Jingga13 Malaysia mula menyertai Jingga 13 Malaysia pada tahun 2014 sebagai ahli biasa dan kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Panatia Anak  Muda (Jinggawan ) Jingga 13 Malaysia pada tahun 2014.

Mempunyai Ijazah sarjana dalam bidang Undang-Undang. sekarang sedang melanjutkan pengajian dalam sub bidang Perubatan Universiti Malaysia Sabah.

Jingga13 Malaysia juga melantik Sdr Mugen sebagai Timbalan Koordinator Jingga13 Negeri Sabah . Semoga gandingan Edzha Zaini dan Mugen serta Sekretariat yang bakal dibentuk , Jingga13 Negeri Sabah akan bergerak dengan aktif dalam melaksanakan aktiviti kebajikan dan politik di negeri Di Bawah Bayu tersebut. 

Jingga13 Malaysia rakamkan jutaan terima kasih kepada Sdr Faizal di atas komitmen beliau selama ini sebagai Koordinator Jingga13 Negeri Sabah . 

Sunday, 4 October 2020

JINGGA13 KLUANG BERSAMA PKR CABANG KLUANG ZIARAH KASIH WARGA EMAS USIA 84 TAHUN

 Tanggal 3 Oktober 2020 , Jingga 13 Kluang bersama2 Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang melawat dan menghulurkan sumbangan pampers kepada seorang warga emas, Pn Bedah binti Abd Ghani di Kampong Bentong Dalam, Kluang Johor.

Pn Bedah yang berusia 84 tahun, terlantar sahaja di katil, makan minum dan segala keperluan diuruskan oleh cucunya, sdr Hermie.

Sdr Jaafar, Koordinator Jingga 13 Kluang , Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang dan Sdr Zakaria, Naib Ketua Cabang Kluang, bersama2 menyampaikan sumbangan tersebut.

Terima kasih kepada SV Prohealth Pharmacy yang menaja sumbangan tersebut.

#MuafakatPrihatinBerani

#DemiRakyatJohor