Saturday 3 October 2020

U-TURN BERKALI-KALI BEBANKAN MAHASISWA!

 Kenyataan Media

Jingga13 Malaysia

3 Otober 2020

U-TURN BERKALI-KALI BEBANKAN MAHASISWA!

Ramai di antara mahasiswa/i IPT dan ibu bapa melahirkan rasa terkilan ekoran pengumuman oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mengeluarkan arahan kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk menangguhkan kesemua proses pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus.


Umum mengetahui penangguhan pulang ke IPT masing-masing tetapi sehingga saat ini tiada sebarang berita bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada pelajar-pelajar yang terkesan dengan pengumuman yang dibuat.

Terdapat keluarga pelajar yang sudah membuat persiapan dengan menghabiskan wang ringgit sehingga beribu ringgit untuk membayar yuran, membeli barangan keperluan, pengangkutan, penginapan dan lain-lain kos. Kerajaan sepatutnya tidak harus membebankan pelajar dengan situasi negara yang belum lagi pulih sepenuhnya. 

Oleh itu, Jingga13 Malaysia menggesa KPT perlu memberikan mereka yang terkesan diberikan pampasan yang berpatutan bagi mengurangkan bebanan yang telah mereka lalui. Apa yang boleh rakyat nilai kepada kerajaan sekarang adalah dengan melantik pemimpin yang tidak berkredibiliti sehingga rakyat menjadi mangsa. Cuba kita selami perasaan keluarga pelajar yang terpaksa bergadai untuk memastikan anak mereka dapat menyambung pengajian tetapi menteri pula menyusahkan rakyatnya. 

Walau apa pun alasan yang diberikan kemudian, kebajikan mahasiswa harus dijaga!

Muafakat x Prihatin x Berani


Edzha Zaini

Koordinator

Panatia Anak Muda 

Jingga13 Malaysia

Thursday 1 October 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI PRIHATIN TERHADAP 2 IBU TUNGGAL YANG PERLUKAN BANTUAN

Tanggal 28.9.2020-   Jingga13 Kota Tinggi telah menziarahi dua orang ibu tunggal yang menghadapi masalah kesihatan dan perlukan perhatian.

Kes 1. .

Roziana bt Sejat,merupakan seorang Ibu tunggal yang mengalami Hilang penglihatan akibat Terkena penyakit Misteri  ( kurang jelas penglihatan) sejak 4 Bulan yang lalu.  Kedaan ini menyebabkan beliau tidak mampu berkerja lagi. Beliau turut menyara anak 2 org anak yang masih bersekolah.

Kes 2.

Suhaila bte Satibi, Juga merupakan seorang Ibu tunggal yang menderita sakit lumpuh, akibat kemalangan 6  tahun yang lalu. Beliau tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan dan hanya terlantar diatas katil sahaja. Kehidupan beliau ditanggung oleh bapa yang semakin tua.

Kedua-dua mereka mohon dibantu bagi meringankan bebanan tanggungan.


Jingga13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol bersama Amil Ulu Sg Johor Sdr Azahari bin Adam telah hadir membantu dan menyampaikan sumbangan. Dan perkara ini telah dibawa ke Pihak Baitulmal Kota Tinggi.

ALHAMDULILLAH.. Hari ini, Pihak Baitulmal telah mengambil tindakan segera dan telah hadir menziarahi kedua-dua mangsa beserta menghulurkan bantuan dan sumbangan berupa Lampin pakai buang dan susu. 



Pihak Baitulmal berjanji akan mempercepatkan proses permohonan bantuan perubatan dan lain-lain bantuan yang diperlukan.

Jingga13 Johor mengucapkan terima kasih kepada Sdr Kamaluddin dan Sdr Azahari atas keperhatinan membantu mereka. Terima kasih juga diucapkan kepada Baitulmal Kota Tinggi yang bertindak pantas dan penuh tanggungjawab.