Friday 31 July 2020

PROGRAM AGIHAN DAGING KORBAN JINGGA13 MALAYSIA

Assalammualaikum & Selamat sejahtera. Salam Aidil Adha.


Program Agihan Daging Korban Jingga13 Malaysia 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa Jingga 13 Malaysia akan menyempurnakan agihan daging Korban seperti berikut:

Tempat: Jalan Sastera sebelas, Seksyen U2, TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tarikh: 2/8/2020
Masa: 8.30pagi-11.00am

2. Mohon mesej nama petugas atau cadangan nama penerima (fakir Miskin) ke 018-2756187 mengikut kategori:
A) Petugas
B) Penerima

3. Mohon kehadiran komrad sekalian. Pakaian Jingga 13 dengan mematuhi SOP KKM.

Kerjasama komrad-komrad amat dihargai. Sekian, Terima kasih.

*Muafakat-Prihatin-Berani*

Yang menjalankan amanah,
AfzainizamRahman
Setiausaha Jingga 13 Malaysia

Thursday 30 July 2020

JINGGA13 KLUANG DAN PAKATAN HARAPAN KLUANG GOTONG-ROYONG MEMASANG TIKAR GETAH RUMAH NENEK COM

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*Salam Sejatera*

Rabu, 29 Julai 2020

Jingga 13 Kluang terlibat dalam program Pakatan Harapan Kluang, gotong royong pasang tikar getah di rumah Nenek Com.



Ahad lepas Jingga 13 Kluang terlibat juga dalam membersihkan dan memperbaiki rumah nenek tersebut.




Sebelum tu, Pn Teh Ben Siang, Bendahari Keadilan Kluang, juga komrad Jingga 13 Kluang, membawa tukang gunting untuk mengunting rambut nenek com agar nampak kemas dan selesa.



Terima kasih kepada Pn Norzila, Ketua Wanita Amanah yang sudi menyumbang tikar getah tersebut.

Semoga nenek com akan merasa lebih selesa dengan keadaan rumahnya yang telah dibersihkan dan nampak kemas.







Sekian, terima kasih

Muafakat Prihatin Berani

Jingga 13 Kluang

Wednesday 29 July 2020

HARI KELUARGA JINGGA13 KEDAH SANTAI DAN MERIAH

Tanggal 29 Julai 2020 , Jingga13 Kedah telah mengajurkan program Hari Keluarga Jingga13 Kedah bertempat Kg. Lubok Batu , bersebelahan Sungai Baling , Kedah .


Menurut Tok Ayah Idris Othman , Koordinator Jingga13 Kedahh , " Program ini adalah bagi tujuan untuk merapatkan silaturahim anggota Jingga13 Kedah dan ahli keluarga mereka dalam membentuk permuafakatan yang jitu ".

Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Sdr Amizudin Ahmat , Bendahari Jingga13 Malaysia yang turut hadir ke program tersebut serta mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua komrad Jingga13 Kedah yang secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Hari Keluarga Jingga13 Kedah .











Tok Ayah Idris turut menyatakan " In Sha Allah jika diberikan kesempatan serta rezeki dan masa akan jayakan daripada masa ke semasa bagi memperkukuhkan kehormanian dan kekeluargaan Jingga13 Kedah ."

Monday 27 July 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG JINGGA13 KLUANG BERSAMA PAKATAN HARAPAN KLUANG BAIKI & BERSIHKAN RUMAH WARGA EMAS

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, Jingga 13 Kluang turut serta dalam program gotong royong baiki dan bersihkan rumah warga emas (Nenek Com).



Keadaan Nenek Com yang tinggal seorang diri di rumahnya di Jalan Bunga Raya, Kg Melayu Kluang amatlah menyedihkan, keadaan rumahnya yang usang dan sangat berbau, banyak tikus2 dan keadaan rumahnya yang tidak terurus.




Hari ini, bersama2 parti kompenen Pakatan Harapan turun membersihkan dalam dan luar rumahnya, mengecat rumahnya dan mengantikan barang2 yang telah usang seperti tilam, langsir , bantal, kipas angin, sofa dan sebagai, program yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan siap sepenuhnya lebih kurang pukul 4.00 petang.

Semasa program bermula, Nenek Com telah dihantar ke sebuah rumah untuk berehat, segala penat lelah, satu hari bergotong royong hilang bila saja melihat wajah Nenak Com yang sangat gembira dengan keadaan rumahnya yang telah dibersihkan dan dibaik pulih.





Penyelaras program, Sdr Jaafar , Koordinator Jingga 13 Kluang merangkap Setiausaha Keadilan Cabang Kluang sangat mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan juga menyumbang kewangan bagi menjayakan program gotong royong tersebut terutama YB Wong Shu Qi , YB Muhammad Said Jonit dan juga YB Chew Chong Sin.

Terima kasih juga kepada Jabatan Bomba, PDRM dan Majlis Perbandaran Kluang yang turut sama terlibat memberi bantuan.






Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang akan terus memantau keadaan Nenek Com.







































Terima kasih

Muafakat Prihatin Berani

Jingga 13 Kluang
26 Julai 2020