Saturday 4 July 2020

JINGGA13 KULAI DAN AMK KULAI ZIARAH MUALAF MOHD SANI HENG ABDULLAH , PERNAH KE GEREJA RAYU SUMBANGAN SELEPAS DITOLAK MASJID

Jingga13 Kulai bersama AMK Kulai menziarahi seorang Mualaf yang meminta pertolongan agar membantu beliau. Pihak kami telah menghulurkan sedikit sumbangan barang dapur dan keperluan harian hasil inisiatif komrad Jingga13 Kulai.


Beliau adalah seorang bapa tunggal yang ditinggalkan isteri kerana menderita sakit usus dan tidak mampu bekerja lagi. Beliau tinggal bersama seorang anak dengan menyewa sebuah rumah di Saleng. Segala perbelanjaan ditanggung oleh anak, sementara anak beliau juga perlu menyara isteri dan anaknya di rumah yang berasingan.



Beliau pernah dua kali menjalani pembedahan, namun penyakitnya tidak sembuh. Doktor menasihatkan beliau menjalani satu lagi pembedahan, tetapi beliau tidak mampu meneruskannya kerana masalah kewangan.



Menurut beliau (Mohd Sani Heng Abdullah), beliau tidak pernah mendapat sebarang bantuan, samada bantuan JKM, Baitulmal ataupun Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Beliau pernah tebalkan muka berjumpa pihak masjid memohon ikhsan, tapi habuk pun tak dapat. Malah kena sekolahkan  lagi...



Beliau juga pernah ke gereja, tapi pihak gereja tidak berani menghulurkan bantuan dengan alasan, takut perkara ini menjadi isu. Oleh itu, Jingga13 Kulai akan membawa perkara ini ke pihak berwajib agar dibantu dan diberi perhatian.

Sementara itu, AMK Kulai segera menghubungi PA  YB ADUN untuk mendapatkan pertolongan. Insyaallah, dalam beberapa hari lagi, mereka akan adakan lawatan dan membantu apa yang perlu.

Terimakasih Jingga13 Kulai
Terimakasih AMK Kulai

Friday 3 July 2020

PENUBUHAN JINGGA13 SERI GADING , HASHIM A.MANAF DILANTIK KOORDINATOR

Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Johor terus melebarkan sayapnya dengan menubuhkan JINGGA13 SERI GADING.

Hasrat yang telah tertangguh sejak beberapa bulan lalu akibat PKP Pandemik covid19, akhirnya berjaya dilaksanakan. Ianya telah lama dirancang setelah meneliti setiap gerakan Jingga13 sebelum ini. Mereka tertarik dan berminat untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan dan khidmat masyarakat melalui Jingga13.

Menurut Koordinatornya Sdr Hashim A.Manaf, beliau akan berusaha melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin. Ramai Asnaf disekitar penjiranan mereka yang perlu dibantu dan diberikan perhatian. Keadaan lebih mencengkam terutama dalam tempoh PKP. Ini yang menyentuh hati dan menguatkan semangat untuk menubuhkan Jingga13 di Parlimen Seri Gading.


Turut hadir menyaksikan majlis penubuhan Jingga13 ini adalah Sdr Zabidie Abas (Koordinator Jingga13 Johor), Sdr Jaafar Matek (SU Jingga13 Johor), Sdr Rosman Tahir (JK Jingga13 Johor) Sdr Shaddiq Zabidie (Timb Jinggawan Johor) dan Sdr Rosli (JK Jingga13 Johor).


Tahniah dan syabas atas perlantikan & pembentukan Sekreteriat Jingga13 Seri Gading.

i. Koordinator : Hashim Bin A.Manaf
ii. Timbalan Koordinator : Mohd Noor Idhrom Bin Abdul Ghani
iii. Setiausaha : Mohamad Arsaf Bin Isnin
iv. Timbalan Setiausaha : Mohd Fariz Bin Abd Hamid
v. Bendahari : Masni Bin Latip
vi. Jinggawan : Muhamad Shahrul Nizam Bin Khalid
vii. Jinggawanis : Zarina Bte Samsuri
viii. Panitia Prihatin dan Kebajikan: Azizah Bt Mohd
ix. Panitia Keahlian: Maream Bt Mat Ali
x. Panitia Page dan Blog: Nurul Izzati Binti Mohd Shahrin
xi. Panitia Penerangan dan Komunikasi: Abdul Rahman Bin Kaimi
xii. Panitia Media Sosial dan Propaganda: Muhammad Azhari Bin Isnin
xiii. Panitia Kepengunaan: Nurul Huda Binti Othman
xiv. Panitia Kepengunaan: Isnin Bin Mohd Noh


Wednesday 1 July 2020

Jingga13 kecewa anggota digantung keanggotaan PKR

Saya selaku Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia benar2 kecewa dgn tindakan pengantungan beberapa anggota Jingga13 di Terengganu yang merupakan satu tindakan fitnah dan jahat jika mengaitkan mereka dengan sokongan kepada pengkhianat Azmin Ali, Zuraidah Kamarudin dan kartel mereka . .

Saya menafikan penglibatan mereka kepada perkara tersebut dan menganggap ini tindakan jahat dan jijik dengan menggunakan kedudukan dan peluang untuk mengenakan "musuh politik" mereka dalam parti atau yang tidak sehaluan dengan mereka .

Sebelum ini Sdr Sulong bin Ali a.k.a Pok Awi , AJK Jingga13 Negeri Terengganu telah digantung keanggotaan PKR dan yang terbaru dalam senarai digantung ialah Sdr Wan Mohd Anies Wan Adenan , Koordinator Jingga13 Kemaman .

Apa lagi Sdr Pok Awi dan Wan Anies adalah individu yang cukup rapat dengan saya dan saya mengetahui akan kesetiaan mereka pada parti , perjuangan dan khususnya kepada YB Presiden selama ini tidak sewajarnya dipertikaikan . justeri tundakan yg diambil krpada mereka khususnya Sdr Pok Awi bagi saya sangat melampu kerana Sdr Pok Awi sentiasa bergerak dengan saya . 

Adalah menjadi syarat utama menjadi anggota Jingga13 ialah menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat dan taat setia tanpa berbelah bahagi kepada parti dan YB Presiden yang juga merupakan Penaung Jingga13 Malaysia .

Fariz Musa