Saturday, 27 June 2020

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KOMRAD SHAFIQ DAN ISTERI DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA

Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan tahniah dan selamat pengantin baru kepada komrad Shafiq daripada Jingga13 Port Dickson dan isteri yang telah selamat diijabkabulkan semoga berbahagia sehingga ke jannah . amin .




JINGGA13 MELAKA HULURKAN SUMBANGAN UNTUK PN ANN C FERNANDEZ DERITA SLIP DISC

Pada 25 Jun 2020 , Jingga 13 Melaka diketuai koordinator Shah Kesuma Jaya pada hari ini berkesempatan untuk bertemu dan menghulurkan sedikit bantuan buat Puan Ann C Fernandez di Bandar Hilir Melaka .


Puan Ann C Fernandez merupakan pesakit yang bermasalah pada tulang belakang dikhuatiri 'slip disc' akibat daripada kecederaan berulang seperti kemalangan jalan raya dan jatuh ( pernah dilanggar lari). Setelah bertahun menanggung kesakitan Puan Ann kini sejak 2@3 bulan lepas tidak mampu lagi untuk berdiri secara normal akibat daripada bahagian kiri badan yang mengalami kemerosoton untuk berfungsi secara normal. Pihak hospital juga telah sedia maklum akan perkara ini.


Sebelum ini beliau berniaga makanan secara sewaan lot di Modern Coffee Shop bertempat di no 289 & 290 Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya. Antara menu makanan yang disediakan termasuk asam pedas, nasi lemak, lempeng, kari ayam dan kari kambing.

Justeru atas masalah kesihatan yang semakin merosot Puan Ann terpaksa menutup perniagaannya walaupun mendapat permintaan agar meneruskannya daripada pihak pengurusan kedai. Keadaan ini membuatkan beliau mengalami kekurangan sumber pendapatan utama dan sukar untuk meneruskan kehidupan ditambah lagi Puan Ann juga ditinggalkan suaminya sejak 20 tahun yang lalu.

Kepada yang perihatin dan mengenali serta mungkin juga pernah menjadi pelanggan kepada Puan Ann anda boleh menghubungi beliau di nombor telefon dan alamat yang berikut :

Puan Ann C Fernandez
389J Jalan Thamby Abdullah
Bandar Hilir
Rumah Awam
75000 Melaka

No hp : 018 388 4995

Atau yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan terus ke akaun beliau :

CIMB BANK BERHAD
7026371084

Jingga 13 Melaka turun padang membantu komrad yang terkesan dengan covid19

Tanggal 25 Jun 2020 , Jingga 13 Melaka diketuai oleh Koordinatornya komrad Shah Kesuma Jaya telah bergerak ke Felda Kemendor Jasin untuk menghantar sumbangan berupa barang dapur dan sedikit wang tunai kepada komrad Junaidi yang sangat terkesan ekoran Covid 19 baru baru ini


Saudara Junaidi baru mula bekerja kembali membantu rakan di kedai setelah lebih 3 bulan tidak mempunyai pendapatan. Pekerjaan beliau sebelum ini ialah di sektor pembinaan.

Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat membantu serba sedikit sementara menunggu pendapatan  beliau kembali pulih seperti dulu.

Wednesday, 24 June 2020

IBU TUNGGAL BERBANGSA CINA DAN INDIA TERIMA SUMBANGAN DARI JINGGA13 KOTA TINGGI

Masih ramai lagi rakyat yang hidup dalam kesusahan walaupun keadaan covid19 dan PKPB beransur pulih. Untuk memulihkan ekonomi diri perlu ambil masa, bukan mudah.


Itu yang dialami oleh seorang ibu tunggal. Beliau hanya mahu dipanggil dengan panggilan Lim sahaja, adalah seorang ibu tunggal yang hidup sebatang kara. Beliau bekerja sebagai Pencari Kotak dan barang2 lusuh untuk menyara kehidupannya. Hidup berseorangan amatlah susah, terutama ketika sakit. Tiada sesiapa disisi untuk minta pertolongan. Rumah pun dah uzur. Mengharapkan simpati orang sekeliling.



Seorang lagi, Sivadewi berketurunan India yang juga merupakan suri rumah tidak bekerja. Beliau menyara 6 orang dan suami beliau hanyalah seorang buruh kasar. Ada kalanya turun ke sungai menjadi nelayan dan hari2 biasa mencari besi buruk.

Jingga13 Kota Tinggi telah menghulurkan sumbangan kepada mereka, Berupa Barang makanan dan barang keperluan dapur. Sdr Noorjepri turut menghulurkan sumbangan tunai kepada mereka.

Sumbangan tersebut juga dihulurkan kepada seorang lagi golongan miskin, juga berketurunan India yang bekerja di Syarikat SWM. Isteri tidak bekerja dan menyara 5 orang anak. Tinggal menyewa disebuah rumah dengan kadar sewaan RM 250/bulan. Pendapatan mereka hanya sekadar untuk makan minum saja, tidak dapat menyimpan.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan perbelanjaan harian kepada mereka.

Jingga13 Johor mengucapkan syabas dan tahniah kepada Koordinator Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Timb Koordinator Sdr Noorjepri Jailani serta Komrad Jingga13 Kota Tinggi, Sdr Zulhairi atas keprihatinan kalian membantu golongan yang terkesan akibat PKPB tanpa mengira kaum atau latarbelakang.

#MuafakatPrihatinBerani

Tuesday, 23 June 2020

IBU TUNGGAL SITI NADIAH DIHIMPIT KEMISKINAN MENDAPAT PERHATIAN JINGGA13 KOTA TINGGI

Kemiskinan bukanlah kehendak kita. Kalau diberi pilihan, kita akan memilih untuk tidak menjadi miskin. Namun apakan daya, takdir Allah mengatasi segala2nya.


Inilah yang berlaku kepada seorang Ibutunggal yang baru berpisah dengan suaminya. Siti Nadiah terpaksa meneruskan kehidupan dengan menyara 5 orang anak yang masih kecil dan juga seorang ibu yang sudah tua.


Beliau bekerja sebagai Cleanner di Syarikat Air Johor (SAJ) dengan gaji RM 1000/bulan. Tidak punya kenderaan dan terpaksa berjalan kaki ulangalik ke tempat kerja. Ketika beliau pergi bekerja, anak sulung beliau yang berusia 11 tahun terpaksa menjaga adik2 mereka, termasuk yang bungsu yang berumur 3 bulan.


Sebelum ini, mereka menyewa sebuah rumah. Tetapi tidak mampu meneruskan kerana kadar sewaan telah dinaikkan kepada RM 560/bulan. Mereka telah berpindah dan menyewa sebuah bilik 8'X10' dengan sewaan RM 260/bulan.


Bilik yang disewa itu terlalu kecil untuk menempatkan 7 beranak. Tapi disebabkan kesempitan hidup, mereka redha. Mereka baru 2 minggu berpindah ke bilik tersebut. Sungguh mengharukan ujian yang menimpa mereka.

Jingga13 Kota Tinggi mengadakan lawatan ke kediaman keluarga tersebut, petang semalam. Turut bersama Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Sdr Noorjepri Jailani serta Tok Azmi Ketua Kampong Kg Jawa, Kota Tinggi. Kami sempat menghulurkan sumbangan barang keperluan makanan dan barang dapur serta sumbangan tunai.


Suasana lawatan tersebut amat menyentuh hati. Tangisan demi tangisan memenuhi ruang bilik tersebut. Siti Nadiah meluahkan cerita keperitan hidup mereka sehingga kami juga turut bersedih dan beberapa orang dari kami turut menangis.

Jingga13 Kota Tinggi akan membantu mendapatkan rumah sewa yang lebih bersesuaian dengan kadar sewaan yang rendah. Beliau juga akan didaftarkan dibawah Baitulmal agar bantuan seterusnya boleh disalurkan kepada beliau.

Sebagai Warga yang Perihatin, Jingga13 Johor menyeru kepada seluruh masyarakat yg sudi membantu atau ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Jingga13 Kota Tinggi atau hubungi:
 Sdr Kamaluddin Md Simpol 01136806846.
Norjepri Jailani 0197194469

Sumbangan anda amat bernilai dan diharapkan.

Terimakasih.

Monday, 22 June 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI TERIMA SUMBANGAN DARIPADA JASNI NURSERY UNTUK INSAN TERKESAN COVIC-19

Tanggal 21 Jun 2020  , Jingga 13 Kota Tinggi telah menerima sumbangan ikhlas dari Jasni Nusrey , Kota Tinggi .



Jingga13 Kota Tinggi merakamkan ribuan terima kasih atas keperihatinan beliau kepada insan-insan yang terkesan daripada Covid 19 . Walau pun sumbangan beliau tidaklah seberapa namun ianya amat bernilai kepada mereka yang memerlukan .