Thursday 11 June 2020

TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN SETINGGINYA KEPADA FRONTLINERS COVIC-19

Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh mereka yang menjadi 'Frontliners' dalam usaha menentang , merawat,  mencegah dan memutuskb rantaian  wabak Covic-19 di negara kita.

Segala pengorbanan dan jasa baik yang dilakukan walaupun terpaksa berdepan risiko dijangkiti,  berjauhan daripada ahli keluarga , berpanas dan berhujan , berlapar dan kepenatan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya .


Wednesday 10 June 2020

JINGGA13 MALAYSIA TURUT HADIR DALAM LAWATAN PUSAT ZAKAT DAN PEJABAT ADUN RAWANG DI RUMAH NURFADILAH ( IBU BERSAMA 8 ORANG ANAK )

Hari ini,  Jingga13 Malaysia diwakili Sdr Amizudin Ahmat,  Koordinator Panatia Kebajikan dan Prihatin turut bersama dalam sesi lawatan Pusat Zakat Selangor dan Pejabat ADUN Rawang ke rumah Pn Nurfadilah ,ibu yang mempunyai 8 orang anak dan turut menjaga ibu yang sudah tua serta adik OKU.


Jingga13 Malaysia merasa amat gembira dan bersyukur dengan keprihatinan Pusat Zakat Selangor dan YB Chua Wee Kiat ADUN Rawang terhadap penderitaan yang dialami oleh Pn Nurfadilah sekeluarga.


Semoga kehadiran Pusat Zakat Selangor dan Pejabat ADUN Rawang dapat membantu Pn Nurfadilah dan seluruh ahli keluarganya serta dapat meringankan bebanan beliau ekoran ketiadaan suami yang masih berada dalam tahanan pihak polis malah beliau masih berada dalam pantang kerana melahirkan anak ke 8 .

Semoga Allah membalas jua segala jasa dan usaha murni ini .

Tuesday 9 June 2020

SALAM TAKZIAH KEPADA YAB MB NEGERI SEMBILAN DIATAS PEMERGIAN AYAHANDA TERCINTA DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA



Jingga13 Malasyia merakamkan salam takziah kepada YAB Dato Seri Hj Aminuddin bin Harun dan seluruh ahli kekuarga di atas permegian ayahanda beliau pulang kerahmatullah .

Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan kekasih-kekasih Allah SWT.  Amin.

YB DS Kak Wan , Jingga13 Kelantan serta Rahimi Ahmad beri sumbangan kepada Ibu anak 8 orang.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.


Begitulah ujian yang terpaksa ditanggung oleh seorang Ibu muda Norfadilah berusia 30 tahun mempunyai anak seramai 8 orang, hilang pendapatan apabila suaminya ditahan dan direman.

Kisah penderitaan Nurfadilah dan keluarga yang terpaksa dilalui sepertimana didedahkan oleh Jingga 13 Malaysia mendapat perhatian YB Dato' Seri Dr Wan Azizah (Kak Wan), Jingga 13 Kelantan dan Rahimi Ahmad ( mangsa tembakan rambang di Masjid Christchurch , New Zealand ).

Alhamdulillah,  Jingga 13 Malaysia yang diwakili oleh Koordinator Panatia Kebajikan & Prihatin sdr Amizudin Ahmat telah menyampaikan sumbangan kepada Norfadilah berjumlah RM1,000.00.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu muda ini.

Jingga 13 Malaysia menyeru kepada orang ramai untuk tampil membantu mereka dan sumbangan boleh terus disumbangkan ke dalam acc ibu Norfadilah iaitu -

Azizah Binti Awang
CIMB
7056761085

Monday 8 June 2020

PKR CABANG KLUANG BERSAMA JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN SUSU KESIHATAN DAN BARANGAN MAKANAN KEPADA PESAKIT JANTUNG DAN TULANG

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang bersama2 Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang, hari ini melawat satu keluarga di Taman Delima dalam Parlimen Kluang.


En Harun yang tinggal bersama isteri dan 5 orang anaknya tidak mampu lagi untuk berkerja untuk menyara keluarganya disebabkan menghidap penyakit jantung dan tulang, hanya bergantung kepada isterinya yang berkerja sebagai cleaner.

Atas sikap prihatin kepada masyarakat, Cabang Kluang bersama2 Jingga 13 Kluang telah menghulurkan sumbangan yang berbentuk susu omage untuk jantung, susu anlene untuk tulang dan juga barangan makanan harian.


Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung keluarga tersebut

Muafakat Prihatin Berani

DEMI RAKYAT JOHOR

Parti Keadilan Rakyat
Cabang Kluang

Pertubuhan Kebajikan
Jingga 13 Kluang

isnin, 8 Jun 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI MEMBANTU PENIAGA KERANA TERKESAN AKIBAT PANDEMIK COVID19

Sepanjang PKP dan PKPB, kebanyakkan Peniaga Kecil tidak dapat berniaga secara normal dan terpaksa berniaga cara baru iaitu secara online COD. Kaedah ini agak asing dan penghasilannya jauh berkurangan.


Ada peniaga yang terpaksa melepaskan kedai sewaannya kerana tidak mampu membayar sewa. Malah duit simpanan juga habis digunakan untuk survival hidup sepanjang PKP.


Kini, untuk memulakan semula perniagaan, kewangan menjadi masalah utama mereka. Lantas Jingga13 Kota Tinggi yang diwakili oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol (Koordinator) dan Sdr Noorjepri Jailani (Timb. Koordinator), tampil menghulurkan bantuan.


Sumbangan berupa makanan dan barangan keperluan dapur telah dihulurkan. Sementara pihak kami akan meneruskan untuk memanjangkan permasalahan mereka kepada pihak yang berkewajiban.


Hari ini, seramai Dua orang peniaga yang juga merupakan Ibu Tunggal  menerima sumbangan tersebut. Salah seorang daripadanya tinggal di Bandar Tenggara dan seorang lagi, di Kg Kelantan, Kota Tinggi.

Semoga sumbangan ini, dapat membantu meringankan beban kehidupan mereka. Jingga13 Johor merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Jingga13 Kota Tinggi.

#MuafakatPrihatinBerani

Sunday 7 June 2020

PKR CABANG KLUANG BERSAMA JINGGA13 KLUANG HULURKAN SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN DAN PAMPERS KANAK-KANAK KEPADA 16 KEUARGA SUMBANGAN ADUN MENGKIBOL , KLUANG

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang bersama Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang hari ini memberi sumbangan pampers pakai buang bagi kanak-kanak dan barangan makanan harian (Sumbangan YB Chew, Adun Mengkibol )dalam Parlimen Kluang



16 keluarga telah menerima sumbangan tersebut yang telah disampaikan oleh En Kalytas, Ketua Cabang Kluang bersama2 ajk dan juga komrad Jingga 13 Kluang.




Insha Allah, Keadilan Cabang Kluang akan terus membantu rakyat yang terkesan dengan wabak Covid-19.

Terus berkerja dan berbakti dari Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang.










DEMI RAKYAT JOHOR

Parti Keadilan Rakyat
Cabang Kluang

Pertubuhan Kebajikan
Jingga 13 Kluang

Ahad, 7 Jun 2020