Saturday 23 May 2020

JINGGA13 PERLIS AKHIRI PROGRAN ZIARAH KASIH RAMADHAN DI DUN INDERA KAYANGAN DAN DUN BINTONG

Semalam Jumaat , 22 Mei 2020 , Komrad Jingga13 Negeri Perlis, hari ini dalam program diakhir Ramadan telah menyantuni 20 Keluarga, masing²nya 10 di DUN Indera Kayangan dan 10 keluarga lagi dalam DUN Bintong.



Setelah lama program ziarah kasih ramadan ini dijalankan , hari ini program ini melabuhkan tirainya di DUN BINTONG, PARLIMEN KANGAR.



Program Hari ini juga telah dihadiri oleh Sdra. Nashriq, Timb. Koordinator Jingga13 Negeri Perlis, Sdri. Yana  selaku Bendahari, turut serta hadir Sdri. Azura Dan Sdra Rosmaini selaku AJK Jingga13 Negeri (tuan rumah bagi program di dun Bintong).


Semoga dengan sedikit sumbangan yg diterima ini dapatlah meringankan bebanan mereka dalam menyambut aidilfitri yg bakal tiba.


Terima kasih kepada semua yang terlibat,secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan program ini, dan kepada semua penyumbang yg menyalurkan sumbangan didoakan agar dimurahkan rezeki dan dilimpahi keberkatan daripada Allah swt.

*Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin..*

#jingga13perlis
#muafakat,prihatin,berani
#pkpb
#kitajagakita

JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN OLE-OLE RAYA BUAT KOMRAD JINGGA13 KLUANG YANG KOMITED

*بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم*

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

Syawal hampir menjelang tiba, Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Komrad yang bertugas sepanjang bulan Ramadhan.



Sempena datangnya Syawal tahun ini, sedikit ole-ole dari Jingga 13 Kluang buat semua Komrad Jingga 13 Kluang yang beragama islam.



Ole-ole telah disampaikan oleh Koordinator Jingga 13 Kluang, Sdr Jaafar di suatu lokasi yang ditetapkan.

Semoga Syawal tahun ini tetap disambut meriah walaupon kita semua sedang menghadapi wabak covid-19.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin

Muafakat-Prihatin-Berani

Jingga 13 Kluang

6 FAMILI ASNAF DIRAI JINGGA13 KLUANG MENJELANG IDULFITRI

Hari ini, Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang dapat memberi sumbangan kepada 6 keluarga menjelang Syawal yang akan menjelma.


Semoga dengan sumbangan yang sedikit ini, dapat menceriakan dalam menyambut Syawal pada tahun ini




Terima kasih kepada semua Komrad Jingga 13 Kluang yang membantu bersama-sama



Muafakat-Prihatin-Berani

Jingga 13 Kluang

KEADILAN CABANG TENGGARA BERSAMA JINGGA13 KOTA TINGGI MENYANTUNI ASNAF DAN SDR ARMAN

Koordinator Jingga13 Kota Tinggi Sdr Kamaluddin Md Simpol bersama Timbalan Koordinator Sdr Muhamad Norjepri Jailani, telah menyantuni 10 orang golongan Asnaf yang sebelum ini tidak pernah mendapat bantuan dari mana-mana pihak.




Program ini turut dihadiri oleh Ketua Cabang Parti Keadulan Rakyat  Tengara Sdr Shamsuri Shahdan dan mengambil peluang sama, mengedarkan Kurma dan turut menghulurkan sumbangan wanh tunai.



Sumbangan saat akhir menjelang Aidilfitri ini sangat bermakna bagi mereka. Sumbangan kali ini adalah barangan raya berbentuk hamper dan juga sumbangan tunai untuk membolehkan mereka berbelanja di suasana Hari Raya.

Terima kasih kepada Tanjak Sakti (nama pena) yang sudi berkongsi rezeki dan menyumbang kepada golongan yang memerlukan. Moga Allah membalas kebaikkan beliau.


Jingga13 Kota Tinggi juga dapat menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Sdr Arman Sabhan Komrad Jingga13 yang baru-baru ini ditimpa sakit dan perlukan pembedahan. Hasil sumbangan adalah dari *Tabung Amal Untuk Arman* yang dilancarkan kepada rakan2 setempat.

Jingga13 Johor mengucapkan Tahniah dan Syabas atas usaha murni kalian. Semoga usaha ini memberi manfaat untuk semua.

#MuafakatPrihatinBerani

"ZIARAH KASIH RAMADAN" JINGGA13 PERLIS DAN PADANG BESAR SANTUNI 10 ASNAF DI KAWASAN PARLIMEN PADANG BESAR , PERLIS

Pada hari Khamis , 21 Mei 2020 , Jingga13 Perlis dan Jingga13 Padang Besar meneruskan sumbangan melalui program *"Ziarah Kasih Ramadan" dengan menyantuni seramai 10 keluarga asnaf didalam kawasan Parlimen Padang Besar, Perlis.




Ziarah Kasih Ramadan ini dihadiri oleh Wakil Jingga 13 Negeri Perlis, Sdra. Rosmaini (AJK Jingga13 Negeri Perlis), bersama Koordinator Jingga13 Kawasan Padang Besar, Sdra. Abg Rahman.



Alhamdulillah..ziarah Kasih Ramadan akan terus dijalankan minggu ini dan sehingga ke sehari sebelum raya untuk membantu golongan yang memerlukan..



Terima Kasih kepada semua yang terlibat serta menjayakan program ini dan diharap dengan sedikit sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada mereka.
InsyaAllah..


Terima Kasih kepada penderma Dan penyumbang Jingga13 Negeri Perlis.
Semoga anda semua dirahmati dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya..

#Muafakat
#Prihatin
#Berani
#kompenJ13perlis

Friday 22 May 2020

Kekitaan yang erat, tiada yang berat , "Jualan Amal Untuk Arman Sabhan "


Ekoran daripada artikel yang disiarkan oleh blog Jingga13 Malaysia  ARMAN PERLU RM18RIBU UNTUK PEMBEDAHAN PROSTAT, RAYU SUMBANGAN  https://jingga13malaysia.blogspot.com/2020/05/arman-perlu-rm18ribu-untuk-pembedahan.html?m=1

Beliau melaksanakan " Jualan Amal Untuk Arman Sabhan " di mana 50% hasil jualan air tebu beliau  pada hari Jumaat,  15 Mei 2020 tempohari disedelahkan kepada Komrad Arman.

Semoga Allah membalas segala jasa dan usaha beliau.  Amin Ya Rabbal'alamin.

KOMRAD AFFENDI ABAS DAPAT BUAH TANGAN DARIPADA JINGGA13 KLUANG


Komrad Affendi Abas , Koordinator Panatia Page Jingga13 Malaysia sewaktu kunjungna beliau ke Kluang atas urusan kerja menerima sumbangan daripada Jingga13 Kluang yang disampaikan oleh Koordinator Jingga13 Kluang,  Komrad Jaafar Matik.

JINGGA13 MELAKA SAMPAIKAN SUMBANGAN BUAT KOMRAD NAIM YANG HILANG PENGLIHATAN SEBAB DIABETIC


Jingga 13 Melaka menyampaikan sumbangan kepada komrad Naim daripada dermawan yang tidak mahu didendang agar dapat beliau sekeluarga menyambut Aidilfitri yang mendatang dan sedikit duit raya untuk anak-anaknya

Menurut Sdr Shah Kesuma Jaya , Kooedinator Jin, "gga13 Melaka Kemaskini terbaru Naim kini tidak lagi dapat melihat asbab daripada penyakit darah tinggi dan kencing manis ( laporan sebelum ini pada tahun lepas masih lagi dapat melihat tapi terhad) ".

Pada bulan Jun nanti pihak hospital akan membuat keputusan sama ada untuk membuat pembedahan atau tidak bergantung kepada keadaan semasa pesakit.

Kini beliau tinggal bersama dengan DUA orang anak berusia 13 dan 11 tahun tanpa pendapatan tetap.

Jika ada yang sudi menghulurkan bantuan boleh menghubungi beliau sendiri di talian 012 367 4900 atau secara bank atas talian

Muhammad Naim
Maybank
154110290230 

MAKLUMAN PEMBUBARAN SEKRETARIAT JINGGA13 PERAK

Dimaklumkan bahawa Sekretariat Jingga13 Perak telah dibubarkan berkuatkuasa hari ini dan Sdr Shah telah pun meletakan jawatan sebagai koordonator negeri.

Harap maklum. 


JINGGA13 PORT DICKSON AGIH 200 BUNGKUS BUBUR LAMBUK DI SEKITAR PORT DICKSON

Pada 21 Mei 2020 , Jingga 13 Port Dickson bersama Jingga13 Negeri Sembilan mengadakan aktiviti kali ke dua mengagihkan 200 bungkus bubur lambuk di sekitar Port Dickson sempena bulan Ramafhan Al Mubarak. 







Dalam kesempatan ini Jingga 13 Negeri sembilan dan Jingga 13 Port Dickson ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin