Saturday 16 May 2020

JINGGA13 KEMAMAN SAMPAIKAN SUMBANGAN 25 KELUARGA DI PROGRAM ZIARAH ASNAF RAMADHAN DUN CHUKAI

Hari ini,  16 Mei 2020 , Jingga13 Kemaman yang dipimpin Sdr Wlan Anies Wan Adenan dan Sdr Roslan telah mengadakan program ' Ziarah Asnaf Ramadhan ' DUN Chukai.





Menurut Sdr Wan Anies ,  ' Program Ziarah Asnaf Ramadhan ' Jingga13 Kemaman telah menyampaikan  sedekah berupa barang makanan  kepada 25 keluarga asnaf sekitar Kg Dusun Nyior, Kg Enjin Gergaji dan Kg Besut dalam DUN Chukai , Parlimen Kemaman" . 




Diharapkan sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan mereka sekeluarga terutama dalam kepayahan PKPB dan wabak Covic-19 yang menyukarkan khususnya mereka yang tidak dapat bekerja .






SELAMAT HARI GURU DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA



Thursday 14 May 2020

JINGGA13 PEKAN SAMPAIKAN SUMBANGAN JEJAK ASNAF RAMADHAN DI PEKAN

Pada 14 Mei 2020 , Jingga13 Pekan sampaikan sumbangan Jejak Asnaf Ramadhan di Tanah Putih , Pekan dan Taman Sepekan. Pekan.





Sdr Razali A. Bakar bersama Sdr  Mohd Nur Alif Saudi dari Jingga13 Pekan sampaikan kepada 5 famili asnaf yang memerlukan bantuan disebabkan PKP dan wabak Covic-19 . Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan mereka alami .






SELAMAT ULANGTAHUN KE 9 JINGGA13 MALAYSIA

Tanggal 13 Mei 2011 tarikh keramat tertubuhnya Jingga13 bertempat di Laman Seri Hotel , Seksyen 13 , Shah Alam. Selangor. Satu detik sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh peserta Kursus Media Sosial anjuran Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor.


Pelbagai suka-duka,  pahit-manis dilalui sepanjang perjalanan Jingga13 daripada sebuah NGO yang hanya bergerak di alam maya ke dunia nyata dengan menjalankan pelbagai aktiviti khususnya gerakerja politik dan kebajikan.  Daripada sebuah NGO yang haram kepada sebuah NGO yang sah berdaftar di ROS . Daripada hanya beberapa orang anggota sehingga sekarang mempunyai rangkaian Jingga13 di seluruh Malaysia .

Jingga13 lahir daripada keringat,  air mata para komrad yang terus bersama berjuang dalam arena politik tanahair,  membawa isu-isu rakyat dan berdepan dengan pelbagai risiko ditangkap,  dilokup dan didakwa ke mahkamah.

Jingga13 dibina daripada keringat dan penat lelah para komrad yang istiqamah serta silih berganti menerjah di pelusuk negara membawa wadah perjuangan rakyat serta membantu insan yang memerlukan seperti fakir miskin,  OKU,  gelandangan,  anak yatim,  ibu tunggal,  muallaf dan sebagainya .

" Muafakat,  Prihatin dan Berani " menjadi motto pegangan para komrad sebagai azimat yang digenggam erat dalam meneruskan perjuangan rakyat.

Teruskan perjuangan,  teruskan langkah walaupun kita berdepan dengan kegetiran,  tiada dana dan sebagainya.  Itu semua bukan penghalang,  bukan halangan kepada kita terutama gerakerja keprihatinan kita terhadap mereka yang miskin .

Kita mesti terus muafakat demi kekuatan , keutuhan dan penyatuan kita bersama,  "Kekitaan yang erat tiada yang berat " dan " Bersatu teguh bercerai roboh " dihayati bersama.

Terima kasih menjadi ahli keluarga besar Jingga13 dan terus istiqamah dalam perjuangan kita. Jangan berputus asa dan kecewa,  pengorbanan tinggi yang lakukan oleh semua komrad dan terus istiqamah melakukan aktiviti sangat-sangat dihargai walaupun kita berdepan dengan PKP dan Covic-19.
Jangan kita berhenti daripada terus melakukan kerja membantu golongan miskin dan asnaf.

Selamat ulang tahun ke 9 kepada semua anggota Jingga13 diseluruh Malasysia .

Wednesday 13 May 2020

JINGGA13 KLUANG RAIKAN PELAKON DO RE MI DAN ANAK OKU BERBUKA PUASA , KUIH DAN BAJU RAYA

Syawal hampir menjelang tiba, walaupun Negara dalam keadaan melawan virus Covid-19, suasana Syawal tidak akan dilupakan untuk diraikan oleh semua umat islam.


Begitu juga dengan Pakcik Said bin Daud yang tinggal bersama anaknya di rumah PPRT, Jalan Sentosa Off Jalan Sekolah Kluang. Pakcik Said tinggal bersama anak lelakinya yang merupakan seorang OKU.


Pakcik Said, seorang warga emas adalah seorang seniman, beliau pernah berlakon bersama2 arwah P. Ramlee, antaranya dalam filem Do Re Mi sebagai pelakon tambahan.




Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang amat terharu dengan nasib Pak Said yang tinggal di rumah PPRT, sedangkan beliau pernah menghiburkan kita semua suatu ketika dulu.

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang telah berjaya mengutip sedikit dana untuk memberi sumbangan kepada Pakcik Said.


Hari ini, Jingga 13 Kluang telah berkunjung ke rumah beliau dengan membawa sumbangan berupa Baju Melayu, Kain Samping, Songkok dan Duit Raya untuk Pak Said dan juga anaknya, juga sedikit kuih raya dan juadah berbuka puasa.

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang berharap Pak Said dan anaknya dapat bersama2 meraikan Syawal dengan lebih meriah lagi.

Terima kasih kepada semua Komrad yang menyumbang dan juga bersama2 menyampaikan sumbangan.

Muafakat-Prihatin-Berani

Jaafar bin Matek
Koordinator
Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang
13 Mei 2020

Tuesday 12 May 2020

Jingga13 Kota Tinggi bersama Ketua Covic 19 JB sumbang kerusi roda dan tongkat ketiak untuk mangsa langgar lari

Jingga 13 Kota Tinggi bersama Ketua Covid-19 Johor Baharu  YBhg Dato' Amalizan menyampaikan sumbangan kerusi roda dan sepasang tongkat ketiak beserta sedikit barang-barang keperluan harian kepada mangsa langgar lari Adik Tengku Syazrin Syafiqah Binti Tengku Azam bertempat di rimah beliau   .




Sdr Kamaluddin Mohd Simpol,  Koordinator Jingga13 Kota Tinggi yang juga merangkap Ketua Covid 19 Daerah Zon B melibatkan Kota Tinggi , Pengerang dan Tenggara bersama Timbalan Koodinator Jingga13 Kota Tinggi Sdr Norjefri dan beberapa orang AJK Jingga13 Kota Tinggi turut hadir bagi mewakili Jingga13 Kota Tinggi. 




Adik Tengku Syazrin Syafiqah Binti Tengku Azam mempunyai 4 orang adik mengalami permasalahan kesihatan yang sangat parah ekoran daripada kemalangam langgar lari tersebut iaitu mengalami pendarahan di kepala , retak tulang pipi dan hidung serta pecah kepala lutut  tinggal di No:51,Jalan Bunga Raya,Kg.Sg.Layau,81900 Kota Tinggi,Johor .



Selain kerusi roda dan tongkat , Adik Tengkau Shazrin juga memerlukan pampers XL(saiz 50"-65") , air cuci luka sodium chloride 0.9% , chlorhexidine gauze dressing B.P'93 ( kain net berminyak) , omniplast ,susu Anlene(40 tahun ke bawah) , susu Nova-activmax , plain gauze swabs , kapas cuci luka dan tisu basah.

Jingga13 Kota Tinggi mengalu-alukan sebarang sumbamgan kepada beliau dengan menghubingi ibu beliau , Puan Roslina Binti Ali di HP No.: 011 59599856.

SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA BUAT SEMUA PARA JURURAWAT DI MALAYSIA


Jingga13Malaysia merakamkan uacapan Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada seluruh warga jururawat di Malaysia khususnya 'barisan hadapan ' yang bekerja dengan penuh dedikasi untuk menyelamatkan rakyat Mlaaysi daripada wabak Covic-19 .

Terima kasih , semoga Allah SWT membalas jua .

JINGGA13 PERLIS BERSAMA INSAN PERLIS ANJUR PROGRAM SUMBANGAN IFTAR DAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS DI RUMAH TEDUH , KANGAR

Pada17 Ramadan 1441H | 10 Mei 2020 , Program Sumbangan Iftar Ramadhan & bahan keperluan barangan asas anjuran Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Malaysia Negeri Perlis & Pertubuhan Perpaduan Insan Perlis di Pusat Perlindungan Rumah Teduh, Kangar, Perlis berjalan dengan baik dan lancar.





Sebahagian sumbangan telah ditaja oleh YB Amin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar, YB Azam Karap, Adun Kuala Perlis, Sebahagian sumbangan lagi adalah dari Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Malaysia Negeri Perlis & Pertubuhan Perpaduan Insan Perlis.



Sumbangan juadah iftar & barang keperluan makanan asas telah diserahkan oleh YB Amin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar. YB Amin Ahmad bermurah hati untuk memberi sumbangan duit raya kepada penghuni Rumah Teduh. Kepada Allah kami berserah. Ya Allah maafkan kami Ya Allah.



#Jingga13Perlis
#MuafakatPrihatinBerani
#KitaJagaKita
#PertubuhanPerpaduanInsanPerlis
#PositifPrihatinProgresif

Monday 11 May 2020

JINGGA13 PAHANG LAKSANA PROGRAM JEJAK ASNAF RAMADHAN DI KG JABOR ALOR BATU

Hari ini , 11 Mei 2020,  Jingga13 Pahang yang dipimpin Sdr Razali A. Bakar bersama Team Jingga13 Pahang telah menjalani program Jejak Asnaf Ramadhan bertempat di Kg Jabor Alor Batu , dalam Parlimen Indera Mahkota,  Pahang Darul Makmur.





Sejumlah 10 keluarga asnaf telah dijejaki oleh Team Jingga13 Pahang dengan dibantu oleh penduduk setempat Sdr Ayah Cik Ibrahim .

Kg.  Jabor Alor Batu adalah sebuah kampung di pendalaman yang terdapat ramai para asnaf yang memerlukan bantuan khususnya kesan daripada PKP dan wabak Covic-19.





Sdr Razali atau lebih dimesra dipanggil Ali menyatakan , " Alhamdulillah sejumlah 10 buah rumah asnaf yang sangat memerlukan bantuan telah kita sampaikn sedikit barang makanan bagi tujuan meringankan bebanan mereka ".











****Info : Kg Jabor Alor Batu ini pernah didiami Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia Sdr Fariz Musa selama 3 tahun (2000 - 2003 ) sewaktu ditukarkan mengajar di SJk(C) Jabor,  Kemaman,  Terengganu iaitu sempadan Pahang dan Terengganu atas sebab politik oleh Kerajaan BN ketika itu.