Friday 1 May 2020

KEADILAN CABANG KLUANG DAN JINGGA13 KLUANG HULUR SUMBANGAN BUAT FAMILI TERKESAN PKP

Keadilan Cabang Kluang bersama2 Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang, memberi sumbangan pampers dewasa kepada warga kluang yang amat2 memerlukan kesan dari PKP yang sedang dilaksanakan.



Sdr Kalytas yang merupakan Pemangku Ketua Cabang Kluang bersama2 Sdr Jaafar, Koordinator Jingga 13 Kluang dan juga team Jingga 13 Kluang telah pergi rumah ke rumah untuk menyampaikan bantuan.




Terima kasih kepada Komrad Teh Ben Siang yang sudi menyediakan pampers untuk disumbangkan hari ini dan juga Komrad Rosli dan Johan Arif yang turut sama membantu. Anda semua adalah yang terbaik.

Muafakat Prihatin Berani

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang

JINGGA13 KLUANG BERSAMA KEADILAN CABANG KLUANG BUAT LAPORAN POLIS FITNAH DS DR WAN AZIZAH

Hari ini (1 Mei 2020) bertempat di Balai Polis Sri Lalang Kluang, satu laporan polis terhadap satu akuan FB, Pejabat Timbalan Setia yang telah mengfitnah Mantan Timb Perdana Menteri YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Laporan polis telah dilakukan oleh Sdr Kalytas, Pemangku Ketua Cabang PKR Kluang bersama Sdr Jaafar , Koordinator Jingga 13 Kluang dan rakan2 yang lain


Thursday 30 April 2020

JINGGA13 PEKAN, PAHANG LAKSANAKAN PROGRAM "SEKAMPIT BERAS UNTUK ASNAF " SEMPENA RAMADHAN

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

اتَّقوا النَّارَ ولو بشقِّ تمرةٍ ، فمن لم يجِدْ فبكلمةٍ طيِّبةٍ

jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah” (HR. Al Bukhari 6539, Muslim 1016)

Hari ini , Jingga13 Pekan,  Pahang telah mengadakan sumbangan sekampit beras 5kg untuk 5 keluarga asnaf sempena Ramadhan Al Mubaraq di sekitar Kg Peramujaya 3, Pekan , Pahang .




Menurut Sdr Razali yang juga merupakan Koordinator Jingga13 Negeri Pahang , " Program  'Sekampit beras untuk asnaf' akan dilaksanakan sepanjang Ramadhan dengan memberikan perhatian kepada keluarga asnaf terutama yang yang terkesan akibat PKP ".




Jingga13 Pekan mengalu-alukan sumbangan / sedekah daripada mana-mana pihak dan individu yang ingin bersedekah dan akan disampaikan oleh kami kepada asnaf dengan menghubungi /whasap sdr Razali 012-964 3188 .

Wednesday 29 April 2020

AGIH AYAM GOLEK DAN KUIH MUIH KEPADA BARISAN HADAPAN DARI YB MP PORT DICKSON OLEH JINGGA13 DAN AMK PORT DICKSON

Koordinator Jingga13 Port Dickson,  Sdr Khai Badong bersama Sdr Nazir Hamid selaku ketua AMK Cabang Port Dickson telah diberikan kepercayaan dari Pejabat YB Ahli Parlimen Port Dickson  ,  Datuk Seri Anwar Ibrahim mengagihkan juadah berbuka puasa kepada barisan hadapan yang bertugas di 6 lokasi 'Road block' sekitar Parlimen Port Dickson .




Menurut Sdr Khai Badong . "Juadah ayam golek serta kuih muih itu tidaklah seberapa tetapi diharapkan dapat mengukirkan senyuman kepada barisan hadapan kita yang cukup prihatin oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim .....semoga barisan hadapan kita diberikan kekuatan utk menjalankan tugas yang diamanahkan khususnya sepanjang bulan Ramadhan yang mukia ini.....AMIN ".




#JINGGA13N9
#JINGGA13PORTDICKSON
#AMKPORTDICKSON

Tuesday 28 April 2020

JINGGA13 NEGERI SEMBILAN DAN AMK PORT DICKSON AGIH BARANG MAKANAN BASAH UNTUK ASNAF YANG TERKESAN KERANA PKP

Tanggal 4 April 2020 , JINGGA 13 Negeri Sembilan bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Port Dickson yang diwakili saudara Nazir Hamid menghulurkan sumbangan barangan makanan basah kepada keluarga asnaf yang memerlukan ekoran kesukaran PKP di sekitar Parlimen Port Dickson .




Menurut Saudara Khai Badong yang merupakan Koordinator Jingga13 Negeri Sembilan,  " Sumbangan yang kami sampaikan tersebut adalah disebabkan rasa prihatin terhadap rakyat di Port Dickson khususnya golongan asnaf yang terkesan kerana Covic-19 ini ".





#JINGGA13N9
#JINGGA13PD
#AMKN9
#AMKPD

Monday 27 April 2020

JINGGA13 NEGERI SEMBILAN BERSAMA AMK PORT DICKSON SAMPAIKAN SUMBANGAN BARANG MAKAN DARIPADA YB AHLI PARLIMEN PORT DICKSON KEPADA FAMILI YANG TERPUTUS BEKALAN MAKANAN

Pada 24 hingga 28 Mac 2020 lalu , Jingga13 Negeri Sembilan bersam AMK Cabang Port Dickson telah mengadakan aktiviti bersama dengan menyampaikan sumbangan barang makanan dari Pejabat YB Ahli Parlimen Port Dickson , Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada keluarga-keluarga yang terputus bekalan makanan disebabkan Covid19 .

Jingga13 Negeri Sembipan diwakiki Koordinatornya Sdr Khai Badong dan AMK Cabang Port Dickson diwakili Ketua AMK Sdr Nazir Hamid.

24 Mac 2020








25 Mac  2020






26 Mac 2020













27 Mac 2020







28 Mac 2020