Saturday, 25 April 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI TETAP ISTIQAMAH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN COVIC-19 DI AWAL RAMADHAN

Puasa, bukan bermakna kena hentikan semua kerja amal. PKP pun tidak pernah melarang sedemikian. Cuma kita kena tahu dan menjaga public sosial samada untuk diri kita atau orang yang kita temui.



Jingga13 Kota Tinggi telah meneruskan agihan sumbangan di Bandar Tenggara, Sg Sibol, Tmn Anggerik, Sayong Pinang dan Penggeli Timur. Seramai 30 keluarga yang  berpeluang menikmati hasil sumbangan Covid19 hari ini.





Dalam suasana PKP dan sedang berpuasa, sudah pasti berita yang sangat mengembirakan bagi golongan yang terkesan bila menerima sumbangan ini. Walaupun barangan sumbangan hanya barang keperluan dapur yang nilainya hanya RM 70 saja, namun mereka tetap seronoh tersenyum dan mengulang2kan ucapan terimakasih kepada kami.



Kami Jingga13 Kota Tinggi berasa amat terharu dan insaf puas dapat membantu golongan yang sepatutnya ini. Kami rakamkan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga kesempatan PKP ini, menjadikan kita kuat untuk beribadah lebih lagi.



Terima kasih Atas usaha murni kalian Jingga13 Kota Tingg khususnya Koordinator Sdr Kamaluddin Md Simpol. Sdr Noorjepri Jailani dan Jinggawan Shaddiq

#MuafakatPrihatinBerani
#StayAtHome
#RamadhanKareem

Tuesday, 21 April 2020

JINGGA13 KLUANG UTAMAKAN TEAM SEKRETARIAT DAN SIAPA SEDIA UNTUK SAMBUT RAMADHAN KAREEM

Jingga13 Kluang menyampaikan sedikit buah tangan untuk Team Sektetariat Jingga 13 Kluang yang banyak membantu dalam gerak kerja selama ini serta bersiap sedia untuk menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadhan yang mulia nanti. 



JINGGA13 KOTA TINGGI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN COVID19 DIBAWAH KAWASAN MDKT

Pihak Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) telah memberi kepercayaan kepada Koordinator Jingga13 Kota Tinggi Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Timbalan Sdr Noorjepri Jailani untuk mengagihkan sumbangan barang makanan dan keperluan dapur kepada 50 penerima disekitar kawasan MDKT.



Mereka juga turut dibantu oleh Tok Azmi Ketua Kampong, Kampong Jawa, Kota Tinggi dalam menyempurnakan tugas tersebut. Seramai 50 keluarga telah mendapat manfaat dalam agihan kali ini.




Barangan sumbangan berupa beras, gula, tepung, minyak masak, meehoon, sardin, kopi, teh, susu, biskut dan pelbagai lagi makanan ringan yang berjaya disumbangkan.





Jingga13 Kota Tinggi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MDKT atas sumbangan ini. Keperihatinan Tuan YDP En Syaifol Rahman sangat disanjung tinggi.





#MuafakatPerihatinBerani
Jingga13 Kota Tinggi

Monday, 20 April 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI TERUS KE PINTU-PINTU RUMAH SAMPAIKAN SUMBANGAN

Jingga13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Sdr Noorjepri Jailani meneruskan lagi khidmat turun kepadang memberi bantuan kepada golongan yang terkesan akibat Covid19 di sekitar Kota Tinggi.




Kali ini, mereka bertindak terus kerumah golongan penerima dan menghulurkan sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan dapur. Seramai 50 keluarga telah menerima manfaat atas bantuan ini.





Menurut Koordinator Sdr Kamaluddin Md Simpol, beliau dan Sdr Noorjepri Jailani telah menerima kelulusan dan memiliki watikah lantikan sebagai Sukarelawan Covid19. Ini membolehkan mereka meneruskan khidmat untuk membantu masyarakat ..




Sementara Sdr Noorjepri pula berkata, beliau berasa anat sedih kerana semua penerima yang ditemuinya, rata-rata sudah hampir kehabisan barang makanan dan kewangan pun amat tipis.  Beliau menyifatkan bahawa ini adalah KEMISKINAN TANPA DIDUGA.

Jingga13 Johor amat optimis dengan setiap usaha yang membantu masyarakat. Yang menjadi keutamaan adalah keselamatan diri dan masyarakat. Sila amalkan peraturan pencegahan rantaian dari merebaknya pandemik Covid19 dan patuhi arahan Pihak Berkuasa.

Syabas diucapkan kepada Jingga13 Kota Tinggi atas usaha murni kalian..

#MuafakatPerihatinBerani
#StayAtHome

JINGGA13 SEKIJANG TURUT MENYALURKAN SUMBANGAN COVID19 SEKITAR PARLIMEN SEKIJANG

JINGGA13 SEKIJANG Buat pertama kalinya menyampaikan sumbangan sebanyak 40 bungkusan keperluan makanan kepada golongan ibu tunggal, oku dan asnaf di dalam kawasan Parlimen Sekijang.







Mereka ini amat terkesan dgn waktu bencana wabak Covid19 ini. Amat menyedihkan bila kami menyampaikan sumbangan jiran2 mereka dtg kepada kami utk memerlukan bantuan.





Kami mengagihkan mengikut apa yg termampu dlm keadaan perjalanan dan pergerakan yang amat terhad.




Terima kasih kepada AP Sekijang YB Hjh Natrah Ismail, KC Sekijang Young Thau dan rakan rakan yg memberi sokongan dan sumbangan serta kepada yang membantu menyampaikan sumbangan.





Kami amalkan penyampaian secara menghantar kepada ahli Jingga13 utk mereka agihkan di kawasan mereka. Ianya dapat membantu kami dalam mengurangkan pergerakan di semua tempat.











Shafiei Mohd Shah
Koordinator Jingga13 Sekijang
19 April 2020