Saturday 11 April 2020

JINGGA13 KLUANG SUMBANG PAMPERS DRYPES KANAK-KANAK UNTUK 20 KELUARGA DALAM PARLIMEN KLUANG DAN SEMBRONG

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang sedia maklum banyak keluarga yang memiliki baby terkesan dengan PKP yang sedang dilaksanakan, atas sikap prihatin Jingga 13 Kluang telah berusaha untuk memberi sumbangan pampers kepada keluarga2 yang benar2 memerlukan dalam Parlimen Kluang dan juga Sembrong



Alhamdulilah, hari ini Team Jingga 13 Kluang dapat menyampaikan sumbangan pampers tersebut, terima  kasih kepada Komrad Sdri Teh Ben Siang yang berusaha untuk mendapatkan bekalan pampers tersebut, juga kepada komrad2, Sdr Rosli, Sdr Liaw, Sdr Joe dan juga Sdr Fazli yang turut serta bersama2 menyampaikan sumbangan tersebut, tidak ketinggalan Mr Lim, Mantan Ketua Masyarakat Kahang.




Saranan Jingga 13 Kluang kepada semua agar terus KEKAL DUDUK DIRUMAH dalam kita bersama2 mengawal penyebaran wabak COVID-19 ini, semoga kita semua KEKAL SIHAT dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
















Muafakat-Prihatin-Berani

Jaafar bin Matek
Koordinator Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang
11 April 2020

#PKP
#StayAtHome
#Covid-19

Wednesday 8 April 2020

" BIAR KITA LAPAR ASAL JIRAN SEKAMPUNG TIDUR DALAM KEKENYANGAN " - JINGGA13 KOTA TINGGI

Alhamdulillah, Jingga13 Kota Tinggi meneruskan pemberian sumbangan barang makanan dan barang dapur di sekitar felda Bukit Besar. Seramai 10 orang penerima yang telah dikenalpasti terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menurut Koordinator nya Sdr Kamaluddin Md Simpol, untuk agihan kali ini, beliau telah beri keutamaan untuk sekitar kampong beliau sahaja iaitu Felda Bukit Besar. Ini kerana kedapatan permohonan bantuan dan beliau merasakan mereka2 ini sangat wajar untuk dibantu.




Menurut beliau lagi, penduduk di Felda Bukit Besar kini tiada pendapatan dan bergantung sepenuhnya dari bantuan sara hidup. Pokok sawit telah ditebang dan belum mendapat hasil lagi..



Ramai penduduk yang terkesan dan terpaksa berbelanja dengan berjimat cermat. Dalam suasana PKP ini, anak2 dan cucu2 semua melepak kat rumah. Asyik makan jer kerjanya.. Inilah yang menjadi cabaran kepada mereka..


Namun, kami merasakan ini adalah tanggungjawab kami juga untuk memastikan tidak ada penduduk yang kebuluran. Kami tidak boleh tidur selesa dalam keadaan jiran kami tidur dengan perut yang lapar.

Harap pihak Felda dan kerajaan memandang perkara ini. Bantuan untuk warga felda perlu disalurkan terutama kepada peneroka yg sedang melalui proses tanam semula.


Jingga13 Johor merakamkan ucapan terima kasih kepada Jingga13 Kota Tinggi khususnya Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Shaddiq Jinggawan Kota Tinggi atas agihan tersebut. Terimakasih juga diucapkan kepada penyumbang yg dermawan. Moga jasa kalian dapat perhatian dari Allah SWT...

JINGGA13 PERLIS BANTU 2 KOMRAD PERLIS TERKESAN KERANA PKP

Alhamdulillah rezeki mereka..
Pagi ni Jingga13 Perlis menyampaikan bantuan makanan kepada 2 keluarga terdiri dari komrad Jingga13 Perlis yang terkesan daripada PKP .


Terima kasih kepada Makja @ Rumah Lavender yang sentiasa membantu kami .


InsyaAllah jika kita mudahkan urusan orang Allah akan mudahkan uruskan kita . diharapkan sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan mereka .

Semoga kita dimurahkan rezeki selalu!

#StayAtHome

Tuesday 7 April 2020

RIZAL KOORDINATOR PERLIS BARU DIBANTU NASRIQ SEBAGAI TIMBALAN KOORDINATOR

Jingga13 Malaysia telah melantik Sdr Hasparizal bin Hassan sebagai Koordinator Jingga13 Perlis yang baru bagi mengantikan Sdr Khairuddin Yusof berkuatkuasa 7 April 2020 . Sdr Rizal akan turut membentuk Sekretariat Jingga13 Perlis yang sebelum ini telah digantung.

Manakala Timbalan Koordinator negeri Perlis pula dilantik Sdr Mohd Nashriq Bin Othman bagi membantu Rizal di Sekretariat Jingga13 Perlis.

Jingga13 Perlis sebelum ini adalah antara negeri yang aktif dalam menjalankan aktiviti terutama dalam membantu golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

Jingga13 Malaysia mengucapkan penghargaan dan terima kasih setinggi-tingginya kepada Sdr Khiruddin yang memberikan khidmat bakti yang terbaik sepanjang menjawat jawatan Koordinator negeri Perlis. Jasa baik dan komitmen beliau sangat-sangat dihargai , semoga Allah membalas jua.

Dimaklumkan Sdr Khairuddin akan dilantik sebagai Ahli Penasihat Jingga13 Perlis sebagai tanda hormat kepada beliau yang juga merupakan pengasas Jingga13 Perlis . Semoga usaha ini akan terus memantapkan Jingga13 Perlis menjadi NGO yang terbaik di negeri Perlis terutama dalam gerakerja kebajikan .

JINGGA13 KEDAH PRIHATIN BANTU KOMRAD JINGGA13 YANG PUTUS BEKALAN MAKANAN KESAN PKP

Jingga13 Kedah sampaikan sumbangan barang makanan dan wang tunai daripada Tabung Kebajikan Jingga13 Covic19 dan sumbangan orang perseorangan kepada 3 orang komrad Jingga13 Kedah yang keputusan bekalan makanan ekoran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan.




Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan merrka.  

Kekitaan yang erat,  tiada yang berat!

RAZALI DILANTIK KOORDINATOR DAN HASWATI SEBAGAI TIMBALAN KOORDINATOR PAHANG BARU

Sdr Razali bin A.Bakar atau lebih dikenali sebagai Ali telah dilantik sebagai Koordinator Jingga13 Pahang yang baru bagi mengantikan Sdr Ahmad Sharibuddin Ismail yang telah meletakkan jawatan.

Turut dilantik ialah Sdri Haswati binti Zainal@Husin yang juga merupakan Koordinator Jingga13 Cameron Highlands sebagai Timbalan Koordinator Jingga13 Pahang bagi membantu Sdr Razali dalam Sekretariat Jingga13 Pahang .

Perlantikan Sekretariat Jingga13 Pahang yang baru akan dibentuk oleh Koordinator negeri yang baru untuk terus menjalankan aktiviti di negeri Pahang  .

Diharapkan perlantikan mereka berdua dan sekretariat Jingga13 Pahang yang baru akan memantapkan lagi Jingga13 di negeri Pahang dengan pelbagai aktiviti khususnya membantu golongan miskin.

Jingga13 Malaysia merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Sdr Ahmad Sharibuddin Ismail yang telah memberikan komitmen dan menjalankan tugas sebagai Koordinatotr negeri yang sangat baik , sudah pasti tidak akan dilupakan segala jasa baik beliau.
, semoga Allah membalas jua.

Monday 6 April 2020

KOMRAD JINGGA 13 JOHOR DISYAKI POSITIF COVID-19 , IBU TUNGGAL TERPAKSA TINGGALKAN DUA ANAK , JINGGA13 RAYU BANTU ANAK-ANAK BELIAU

Seorang komrad Jingga 13 Johor, beliau telah disyaki +ve covid-19, beliau yang merupakan seorang ibu tunggal yang kematian suami dan tinggal bersama 2 orang anaknya telah mengalami demam dan sesak nafas sedang menjalani rawatan (Kuarintin) di Hospital Permai di Johor.

Maklumat yang diterima, anak2nya bebas dari gejala tersebut dan duduk di rumah dengan pemantauan jiran tetangga. Dimaklumkan kawasan tempat kediamannya telah dikelaskan sebagai RED ZONE dan tidak dibenarkan masuk untuk menyampaikan sebarang bantuan.

Beliau yang tinggal di Skudai Kiri, Johor amat bimbang akan keadaan anak2nya yang terpaksa ditinggalkan selama 2 minggu dikuaratin.

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Johor amat bersimpati dan prihatin akan kesihatan beliau dan juga anak2nya, terima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan wang dari Tabung Kebajikan Jingga13 Covic-19 melalui akuan anaknya untuk membeli keperluan makanan.

Kepada yang bersimpati dan ingin menghulurkan sumbangan, boleh terus ke akuan anaknya.

NO ACC : 151593211620
MAYBANK
NABILA SOFEA

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Johor berdoa semoga beliau segera sembuh dan pulang segera untuk bersama2 anak2nya. Terima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin

Mohon para penyumbang dapat whatsapp kan resit kepada Sdr Zabidie Koordinator Jingga13 Johor setelah bank in di talian
011 51721321.

Muafakat Prihatin Berani

#StayAtHome
#KitaJagaKita
#PKP

Sunday 5 April 2020

JINGGA13 KULAI TERIMA AMANAH SAMPAIKAN SUMBANGAN KESAN COVID19 SEKITAR KULAI

Jingga13 Kulai menerima sumbangan barang makanan dan keperluan dapur untuk diagihkan kepada golongan susah akibat arahan PKP dan sumbangan ini adalah untuk sekitar Kulai.


Sumbangan tersebut telah dihulurkan oleh Sheikh Amir semalam, dan hari ini ianya telah diagihkan sepenuhnya oleh Komrad Jingga13 Kulai Sdr Megat Jugah MJ.



Penerima ini amat menanti bantuan dari kami. Kebanyakkannya telah hilang punca pencarian. Ada ibu tunggal, ada pesakit terlantar dan ada OKU. Dan ada mangsa yang tidak punya tempat tinggal kerana tak mampu membayar sewa rumah.


Sedikit sumbangan dari kami, tapi teramat besar bagi mereka. Kita masih cukup makan malah berlebihan sehingga berbuang, sedangkan mereka mencatu makanan. Malah ada yang dah beralih ke menu bubur sepanjang hari bagi menjimatkan beras yang tinggal sikit.


Moga sumbangan ini dapat menampung keperluan makanan bagi kalian. Kepada Sheikh Amir, jutaan terimakasih atas keperihatinan tuan. Moga Allah membalasnya dengan kurniaan yang lebih besar didunia dan akhirat.


Jingga13 Kulai
#MuafakatPerihatinBerani