Saturday 4 April 2020

JINGGAWANIS CAMERON HIGHLANDS ZIARAH KELUARGA DUA BERADIK MANGSA LEMAS DI SUNGAI TANJUNG GAHAI

Jinggawanis Cameron Highlands telsh mengadakan ziarah ke rumah Encik Rosli bin Mansor , bapa kepada keluarga mangsa lemas dua beradik di Sungai Tanjung Gahai , Lipis pada 27 Februari 2020 lalu.


Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh ke dua-dua arwah anak beliau .  Suasana kesedihan masih terasa dan semoga Encik Rosli sekeluarga tabah menghadapi ujian daripada Allah  ini.




Jinggawanis Cameron Highlands turut menyampaikan sumbangan barang makanan dan wang yang disampaikan oleh Ketua Jinggawanis Cameron Highlands Cik Anisa a/p Ramli.

KEDAI EMAS ZAKARIA MENYUMBANG KEPADA JINGGA13 KOTA TINGGI MELALUI TOK JOE UNTUK YANG TERKESAN COVIC-19

Jingga13 Kota Tinggi merasa amat terharu bila sebuah syarikat swasta Kedai Emas Zakaria di Kota Tinggi sudi menyalurkan sumbangan untuk Jingga13 Kota Tinggi agihkan kepada golongan yang terkesan akibat Covid19 di sekitar Kg Kelantan dan Kg Panti, Kota Tinggi.



Hj Johari bin Leman (Tok Joe) yang merupakan Ketua Kampong Kg Kelantan dan juga merupakan AJK Jingga13 Kota Tinggi telah dengan sukarela memikul tanggungjawab mengagihkan kepada penduduk yang terbabit.




Menurut beliau, agihan ini telah dijalankan kepada penduduk di Kg Kelantan dan Kg Panti yang berupa beras dan barang2 keperluan dapur. Penduduk yang terkesan amat berterima kasih dengan sumbangan tersebut yang mana, ianya amat memerlukan. Menurut Tok Joe lagi, di kampong tersebut, ramai penduduk yang dah kehabisan makanan dan mereka benar-benar susah.



Tok Joe dan Jingga13 Kota Tinggi ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada KEDAI EMAS ZAKARIA atas keperihatinan dan sudi menghulurkan sumbangan yang cukup bermakna buat penduduk. Doa kami, semoga perniagaan tuan terus maju dan memperolehi kebarkahan dari Allah.


Kamaluddin Md Simpol
Koordinator
Jingga13 Kota Tinggi

Friday 3 April 2020

JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN TANDA TERIMA KASIH KEPADA BARISAN HADAPAN NEGARA DALAM MENGHADAPI GEJALA COVID-19

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang amat prihatin dan terima kasih kepada Pasukan PDRM dan BOMBA yang merupakan BARISAN HADAPAN dalam menghadapi gelaja COVID-19


Dalam situasi yang amat mencabar mereka masih cekal dan bersemangat demi kesejateraan dan keselamatan orang ramai.


Semoga keadaan segera pulih dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa, oleh itu Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 sekali lagi merayu kepada orang ramai agar terus KEKAL DI RUMAH dan mengikuti arahan pihak berkuasa.

#MuafakatPrihatinBerani
#TerimaKasihFrontlinersNegara
#StayAtHome
#Covid-19

JINGGA13 CAMERON HIGHLANDS PRIHATIN ANGGOTA JINGGAWANIS TERKESAN COVIC -19

# Rezeki Dikongsi Bersama

Alhamdulillah , Terima Kasih kepada Jingga 13 Malaysia atas sumbangan dari duit Tabung Kebajikan Jingga13 Covic 19 dalam usaha membantu komrad2 dari Jinggawanis Cameron Highlands semasa kawalan PKP Covic 19 .


Diharapkan sumbangam barang makanan tersebut meringnkan bebanan merrka.  Semoga Allah murahkan rezeki membalas jasa baik mereka..










Thursday 2 April 2020

JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN PAMPES BUAT WARGA EMAS DAN JUGA BABY SEMPENA PKP

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang menyalurkan sumbangan pampes buat warga emas dan baby dalam Parlimen Kluang

Sumbangan yang tak seberapa ini, diharap dapat juga meringankan beban dalam keadaan PKP dari pihak berkuasa



Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang terus merayu kepada orang ramai agar terus mematuhi perintah pihak berkuasa dengan KEKAL DUDUK DI RUMAH

#MuafakatPrihatinBerani
#Covid19
#StayAtHome
#KembaliSediaKala

Tuesday 31 March 2020

SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN DAN NENAS BUAT KOMRAD JINGGA 13 KLUANG DAN MASYARAKAT SETEMPAT

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang sangat prihatin kepada komrad2 yang selama ini bersama2 mengerakkan Jingga 13 Kluang, dalam keadaan PKP ini, sedikit sumbangan dihulurkan buat komrad2 Jingga 13 Kluang


Tidak dilupakan beberapa keluarga yang amat memerlukan bantuan sewaktu PKP dijalankan.




Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 memohon kepada semua komrad agar dapat mematuhi PKP dengan terus kekal duduk di rumah




Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT , dijauhi dari wabak Covid-19 dan kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala









#MuafakatPrihatinBerani
#StayAtHome

Jaafar bin Matek
Koordinator
Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang

JINGGA 13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN 20 TILAM UNTUK KEGUNAAN HOSPITAL ENCHE BESAR HAJJAH KHALSOM KLUANG (HEBHK)

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang sangat prihatin akan situasi di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang (HEBHK) dengan menyampaikan sumbangan berupa 20 tilam bagi kegunaan hospital tersebat.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada SV Prohealth Pharmacy Sdn Bhd (Tmn Intan) yang menyumbang barangan tersebut



Terima kasih kepada Pegawai2 HEBHK yang memberikan kerjasama dan juga komrad2 Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang yang bersama2 membantu dalam menyampaikan sumbangan ini.



Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang juga mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada semua BARISAN HADAPAN dalam memerangi wabak COVID-19

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang ingin menyeru kepada semua masyarakat dapat mematuhi arahan pihak berkuasa dengan terus STAY AT HOME.


Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang bersama SV Prohealth Pharmacy Sdn Bhd  mendoakan semua yang terlibat sentiasa dilindungi ALLAH SWT dan dapat segera menjalani kehidupan seperti sediakala

#Muafakat Prihatin Berani
#Terima Kasih Frontliners Negara
#Stay At Home

Jaafar bin Matek
Koordinator Jingga 13 Kluang

Sunday 29 March 2020

Jingga13 Kota Tinggi hulurkan sumbangan barang makanan kepada golongan yang memerlukan terkesan Covid-19

Koordinator Jingga13 Kota Tinggi Sdr Kamaluddin Md Simpol bersama Jawatankuasanya Sdr Zaini Ahmad telah turun kelapangan bagi menghulurkan sumbangan berbentuk barangan makanan disekitar Parlimen Tenggara.



Menurut beliau tindakan ini bukanlah mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan akibat wabak Covid19, tetapi atas sikap perihatin disaat mendapat tahu ramai masyarakat yang tidak mampu berbelanja dan terputus simpanan kewangan.




Beliau sentiasa waspada dan mengambil sikap bertanggungjawab dalam setiap pergerakan beliau. Topeng muka, hand sanitizer dan hadkan jarak dengan individu yang ditemui, sentiasa diutamakan.



Beliau sempat juga menasihati mereka semua agar tetap bersabar dengan ujian ini dan mematuhi larangan PKP agar terhindar dari dijangkiti wabak covid19 atau menyebarkan virus kiranya ingkar dengan larangan ini.



Jingga13 Kota Tinggi juga berdoa agar wabak ini segera berakhir dan kehidupan kembali pulih seperti sediakala. Kami sekadar membantu masyarakat yang susah dah terdesak, selebihnya Biarlah pihak KKM dan pihak berwajib yang menguruskannya. Kepada Allah kami berserah dan berdoa agar  kami diselamatkan dari wabak Covid19 ini...

#MuafakatPerihatinBerani