Friday 13 March 2020

JINGGA13 MUAR RAIKAN 4 KELUARGA IBU TUNGGAL DAN OKU , SAMPAIKAN SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN

12.3.2020..Petang yang indah
Team Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Muar telah menyerahkan sumbangan kepada 4 keluarga asnaf yang mana ianya melibatkan ibu-ibu tunggal dan warga kurang upaya ( OKU)  di Parit Pinang Jalan Abdul Rahman, Pekan Parit Yusof, Prt Ibrahim dan Kg Sarang Buaya.




Sedikit barangan dapur telah di sumbangkan oleh Koordinator Muar bagi membantu meringankan sedikit bebanan bulanan dapur mereka.



Semoga usaha2 ini akan dapat merapatkan ukhuwah kami bersama masyarakat.


#koordinatorJingga13Muar
#Jingga13malaysia
#membantusambilberamal

Tuesday 10 March 2020

JINGGA13 DI HIMPUNAN PERTAHAN MANDAT RAKYAT

Jingga13 hadir ke himounan PERTAHAN MANDAT RAKYAT anjuran Pakatan Harapan di Sime Darby Convention  Centre,  Kuala Lumpur pada 9 Mac 2020 .











Turut hadir ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahin,  YB Lim Guan Eng.  YB Hj Mohamad Sabu dan selurih pimpinan PH di selutih Malaysia.


SANTAI REFORMIS BERSAMA SDR EZAM MOHD NOR ANJURAN JINGGA13 KEMAMAN

Program Santai Reformis Bersama Ezam anjuran Jingga13 Kemaman  telah diadakan di Kemaman pada 7 Mac 2020 pada jam 9 malam bertempat di Chukai View Hotel,  Kemaman.


prigram tersebut turut menampilak Sdr Wan Fauzan Pengarah Monunukasi Keadilan Pahang,  Sdt Fariz Musa dan sdr Jonah.
















Dato  Ezam Mohamad Nor trlah mengupas isu pemgkhianatan dan kejatuhan kerajaan PH serta isu2 semasa politik tanahair.


Sunday 8 March 2020

Jingga 13 Muar menjelajah menyantuni 2 orang asnaf OKU.

7.3.2020 - jingga 13 Muar terus menjalani Misi Jejak Prihatin. Rumah pertama ialah rumah Encik Abd Latif bin Abd Hamid yang terletak di Sungai Balang Kecil, Muar.




Encik Abd Latif adalah warga tua yg berumur 73 tahun dan dalam keadaan uzur manakala isterinya pula berkerusi roda. Lebih menyedihkan anak mereka yang belum berkahwin dan duduk serumah adalah anak-anak OKU  Sindrome Down yang berumur 31 dan 23 tahun. Mereka mengharapkan anak yang belum berkahwin iaitu Encik Asri untuk membantu.. Saat yang terharu apabila ibu Encik Asri menangis kesedihan apabila menerima sedikit bantuan barangan keperluan dapur dari team Jingga 13 Muar.



Rumah kedua yang kami susuri untuk memberikan sumbangan ialah rumah Puan Suhada terletak di Parit Penyengat Laut. Seorang ibu tunggal yang OKU yg tidak boleh bergerak..hanya duduk dan baring di atas katil sahaja. Beliau di jaga oleh anak dan menantunya yang mana pendapatan mereka tidak menentu.




Semoga Allah merahmati kalian dan di berikan kemudahan dalam.meneruskan kehidupan..aamiin

#koordinatorjingga13muar
#jinggamalaysia
#jalanterus

SUMBANGAN PRIHATIN JINGGA 13 KLUANG KEPADA KELUARGA PESAKIT KOMA KERANA KEMALANGAN

7 Mac 2020 - Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang atas sikap prihatin telah melawat 1 keluarga di No 7, Jalan Harimau, Renggam Johor,
Pn Noor Azlin bersama anaknya yang berusia 5 tahun, tetap setia dan gigih menjaga suaminya En Mohd Nizam yang koma akibat kemalangan kira2 5 tahun yang lepas .


Dalam kunjungan tersebut, Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 turut memberi sedikit sumbangan barangan makanan kepada Pn Noor Azlin .



Semoga Pn Noor Azlin tetap tabah dengan dugaan yang diterima dan mudah-mudahan suaminya sembuh seperti sediakala.



Berat mata memandang , Berat lagi bahu memikul.

Jaafar bin Matek
Koordinator
Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang

BICARA REFORMASI BERSAMA EZAM MOHD NOR ANJURAN JINGGA13 TERENGGANU

JINGGA13 NEGERI TERENGGANU menganjurkan Forum Bicara Reformasi bersama Ezam Mohamad Nor pada 7 Mac 2020 yang bertempat di Seri Indah Resort Batu Burok.



Forum ini menampilkan Datuk Ezam Mohd Nor, Sdr Khairul Anuar a.k.a Jonah dan Sdr Fariz Musa sebagai panelis forum ini.






Kehadiran teman - teman reformis telah memenuhi ruang dewan tersebut dengan semangat yang luar biasa . Lebih-lebih lagi dengan keadaan suasana politik di hari ini ekoran daripada pengkhianatan dan pembentukan kerajaan pintu belakang yang telah meruntufhkan kerajaan Pakatan Harapan.