Saturday, 7 March 2020

JINGGA13 MUAR SANTUNI AHLI SEKRETARIAT DAHULU DALAM MISI JEJAK PRIHATIN ASNAF

6.3.2020 - Hari ini bermula pergerakan kami dari NGO JINGGA 13 MUAR.


Sebelum meneruskan langkah menyantuni penerima2 sumbangan lain yang akan datang.. saya santuni dulu Ahli Jawatankuasa Sekretariat Jingga 13 Muar yang juga memerlukan sumbangan kerana mereka juga telah banyak membantu saya selama ini. Sumbangan yang diberikan adalah terdiri dari barang2 keperluan dapur bagi tujuan meringankan bebanan mereka .


Rumah pertama ialah Puan Shuaida yang tinggal Parit Latiff Sarang Buaya Semerah. Seorang ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak, berkerja kilang dan menumpang hidup di rumah mak ciknya.


Rumah kedua ialah Puan Suhaizy di Parit Ponorogo, Jln Yusof Semerah. Seorang ibu dan isteri yg mempunyai anak seramai 6 orang yang mana keperluan hidup mereka sangat mendesak dengan membesarkan anak2 yang masih kecil.




Semoga Allah memberkati kehidupan mereka dan dipermudahkan segalanya..aamiin





#koordinatorjingga13muar

Wednesday, 4 March 2020

Jingga13 Kedah sampaikan sumbangan keperluan harian kepada 10 orang ibu tunggal

Pada 03/03/2020 Jingga 13 Kedah telah menyampaikan sumbangan keperluan harian ( beras) kepada 10 orang ibu tunggal di sekitar kawasan Baling bagi meringankan bebanan keperluan harian. Majlis diadakan di rumah Mak Long Besah di Kg Seberang Pekan,Baling,Kedah.




Menurut Tok Ayah Idris Othman , Koordinator Jingga 13 Kedah , " Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang turut menyumbang bagi merealisasikan hala tuju Jingga 13 Kedah dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan " .





Jingga 13 Kedah juga berharap akan ada lebih ramai lagi yang prihatin dan tampil untuk membantu Jingga 13 Kedah dalam membantu golongan asnaf ini,terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.











#Jingga 13 Kedah
#Komrad Jingga 13 Kedah
#Ibu Tunggal
#Mak long Besah 

Tuesday, 3 March 2020

PEMAKLUMAN BAHAWA ZULHAIRI BUKAN LAGI KOORDINATOR JINGGA13 BAKRI

3/3/2020 Sdr Muhamad Zulhairi Sabran telah mengumumkan perletakan jawatan Koordinator Jingga13 Bakri berkuat kuasa serta merta.

Menurut Sdr Zabidie Abas Koordinator Jingga13 Johor, beliau telah menghubungi Sdr Zulhairi dan telah maklum dengan perkara itu. Alasan yang beliau berikan adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya dengan kerjaya politi beliau.

Jingga13 Johor menghormati keputusan dan menyambut baik perletakan jawatan beliau. Sementara itu, pihak kami akan melantik Koordinator yang baru bagi menggantikan beliau. Buat masa ini segala aktiviti dan pergerakan atas nama Jingga13 Bakri akan dihentikan sehingga keadaan kembali pulih.

Pihak kami mengucapkan terimakasih kepada Zulhairi dan Sekretariat Jingga13 Bakri yang telah berjaya menjalankan aktiviti sebelum ini.

JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN HARIAN KEPADA KELUARGA ASNAF

3 Mac 2020 - Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang melawat dan memberi sumbangan kepada keluarga asnaf di Kampong Bentong Dalam Kluang.



En. Nor Hafis yg berkerja sendiri tinggal bersama isteri dan 3 orang anak yang telah bersekolah

Terima kasih kepada rakan2 yang sudi bersama2 membantu.

Terima kasih

Jaaafar bin Matek
Koordinator
Jingga13 Kluang

Monday, 2 March 2020

JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN BUAT PESAKIT KANSER TULANG & PAYUDARA

2 Mac 2020 - Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang hari ini melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Puan Aida binti Yusof yang menderita penyakit kanser tulang dan payudara.


Beliau tinggal di Tmn Sri Kluang bersama suami dan anak (Seorang), suaminya En Muhd Ishammuddin bin Khalid terpaksa memohon cuti yang panjang untuk menjaga dan menguruskannya.


Sumbangan tilam angin, tongkat kaki 4, pampes pakai buang, keperluan wanita, tissu basah dan juga sedikit makanan dihulurkan, terima kasih kepada SV Prohealth Pharmacy yang sudi menaja sumbangan ini.


Semoga Puan Aida segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa bersama suami dan anaknya..aamiin


Terima kasih kepada semua komrad yang meluangkan masa untuk bersama-sama menyampaikan sumbangan.

Jaafar bin Matek
Koordinator
Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang

Program Bijak Ke Sekolah di Surau Lubuk Pedati, Baling, Kedah anjuran Jingga 13.kedah

28 Feb 2020 - Alhamdulillah baru selesai melaksanakan Program Bijak Ke Sekolah di Surau Lubuk Pedati, Baling, Kedah anjuran Jingga 13.


Dalam keadaan kemelut politik yg tercatat dlm sejarah politik Malaysia 2020 di mana Parti Bersatu terpahat Parti yg khianat serta 11 lagi puak kartel, saya teruskan juga program Bijak Me Sekolah Jingga 13 yg telah disusun lebih awal demi menyantuni 80 pelajar asnaf di Baling.




Dalam ucapan saya sampaikan salam dari Dato Seri Anwar Ibrahim & Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Penaung dan Penasihat Jingga 13 Malaysia dgn .

Kepada pelajar asnaf saya sampaikan formula 3S utk berjaya dunia dan akhirat.

1) Sayang sungguh² Ibu Bapa
2) Sayang sungguh² Cikgu di Sekolah
3) Solat 5 waktu jgn tinggal.

Jika ramuan asas 3S ini dpt dilakukan, rajin belajar dan beri perhatian waktu cikgu mengajar, tak faham jgn malu bertanya, rajin buat homework, tidak ada sebab pelajar asnaf di Baling tidak boleh berjaya dunia akhirat.




Pelajaran mampu mengubah nasib keluarga yg daif kpd yg lebih baik. Tanamkan niat belajar utk berjaya dan berazam akan menghantar Ibu dan Ayah menunaikan umrah bila sudah berjaya nanti.

Kesusahan bukan alasan tidak boleh berjaya, sampai bila kita nak hidup susah?

Kepada adik²lah harapan ibu ayah utk jadi pelajar yg cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.





Jingga 13 Malaysia amat berharap adik² akan terus belajar dan terus belajar tampa jemu menimba ilmu hingga berjaya dunia dan akhirat.






Saya mohon maaf agak terlambat menyampaikan bantuan ini kerana masalah sumbangan yg tidak mencukupi dan terpaksa menunggu hingga skrg baru mampu menyampaikan sumbangan ini.

Tahniah Jingga 13 Kedah Idris Othman Idris kerana berjaya menjayakan Program Bijak Ke Sekolah.

Amizudin Bin Ahmat
Pengarah
Program Bijak Ke Sekolah
Jingga 13 Malaysia.