Friday 28 February 2020

JINGGA13 PARIT SULONG SERTAI PROGRAM GOTONG-ROYONG ANJURAN MPKK SRI WANGI MK18 SRI MEDAN

Program gotong royong anjuran MPKK Sri Wangi Mk18 Sri Medan dan Jingga13 Parit Sulung dengan kerjasama Majlis Daerah Yong Peng telah diadakan di Kampung Sri Wangi pada 28/02/2020 .





Menurut Sdr Fadzil bin Musri
Koordinator Jingga 13 Parit Sulong.  " program goyong-royong ini diadakan bagi memupuk semangat kekitaan dan mendidik masyarakat setempat agar menjaga kebersihan alam sekitar"..


























Tuesday 25 February 2020

RAKYAT WAJIB MENOLAK PENGKHIANATAN DAN KERAJAAN PINTU BELAKANG

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

25 Februari 2020

RAKYAT WAJIB MENOLAK PENGKHIANATAN DAN KERAJAAN PINTU BELAKANG

Dalam tempoh 48 jam rakyat Malaysia berdepan dengan suatu suasana politik yang benar-benar menyesakkan dan menjijikkan daripada permainan politik kotor dilakukan oleh para pengkhianat yang mengutamakan kepentingan peribadi hingga sanggup bertindak sedemikian rupa menggugat kestabilan politik, ekonomi, rakyat dan negara.

Usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan dan mewujudkan kerajaan "pintu belakang" membuktikan inilah sikap desperado, jijik dan kotor oleh mereka yang tidak bertanggungjawab termasuk  yang "menangguk di air yang keruh" demi kepentingan politik mereka.

Jingga13 Malaysia benar-benar kecewa dan terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang sanggup berpaling tadah meninggalkan Pakatan Harapan serta kelompok yang sanggup mengadaikan prinsip dan maruah demi kepentingan kedudukan dan kuasa secara jijik serta sanggup bersekongkol dengan para pengkhianat, perompak dan penyamun serta penjual agama.

Jingga13 Malaysia benar-benar terharu dengan prinsip dan tindakan yang dipertahankan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) daripada bersekongkol bersama UMNO dan PAS serta gerakan pengkhianatan yang dipimpin oleh Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

Penghargaan setinggi-tingginya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua parti-parti Pakatan Harapan (KEADILAN,  DAP dan AMANAH)  serta Parti Warisan Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah bertindak menyokong pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri demi kepentingan rakyat dan negara serta kestabilan politik dan ekonomi agar keluar daripada polemik dan krisis yang melanda negara. 

Keputusan DYMM Yang Di-Pertuan Agong melantik  Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sehingga pelantikan Perdana Menteri yang baru telah meredakan kepanasan politik dan kegelisahan rakyat.

Jingga13 Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia menolak para pengkhianat serta usaha pembentukan kerajaan "pintu belakang" oleh gerakan politik kotor dan jijik yang mengutamakan kepentingan politik dan kuasa peribadi daripada kepentingan rakyat dan negara. 

Muafakat * Prihatin * Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Sunday 23 February 2020

Hentikan polemik, politik jijik, terima keputusan Majlis Presiden PH, seru NGO - malaysia dateline

Oleh MOHD ALI HASHIMFebruary 23, 2020 7:09 am
Hentikan polemik, politik jijik, terima keputusan Majlis Presiden PH, seru NGO


Jingga 13 Malaysia menasihatkan semua pihak supaya menghentikan segala polemik dan politik jijik serta menerima keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Demikian disarankan oleh Ketua Koordinatornya, Fariz Musa.

Menurutnya lagi, Jingga 13 Malaysia menerima dengan hati terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden PH yang bersidang Jumaat lalu berkaitan isu peralihan kuasa yang telah pun diumumkan oleh Tun Mahathir bahawa ianya adalah selepas Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).


“Kami optimis tidak akan ada lagi usaha untuk mendesak Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri sehingga sepenggal sepertimana desakan sesetengah pihak, maupun usaha bagi menggagalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Jangan lagi ada tindakan yang bermotifkan untuk ‘menangguk di air keruh’ dengan tujuan merosakkan suasana PH sepertimana proposal yang hendak dibawa oleh Pas pada sidang Parlimen yang akan datang.

“Begitu juga usaha sesetengah pihak bagi mendapatkan sokongan Ahli Parlimen untuk menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal serta konspirasi golongan tertentu termasuklah pembentukan ‘kerajaan pintu belakang’ oleh Pas, Umno dan segelintir daripada PKR dalam usaha menggagalkan peralihan kuasa tersebut,” tegasnya.

Tambah beliau, keputusan yang telah dibuat mesti dihormati dan semua pihak harus bersifat lapang dada dan sabar.

Jelas Fariz, tindakan Anwar memberi ruang kepada Tun Mahathir untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas sehingga selesai sidang APEC dengan menyerahkan tarikh, hari dan masa kepada beliau untuk membuat keputusan membuktikan ia berjiwa besar dan harus dipuji kerana mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

“Segala polemik mesti dihentikan, apa lagi politik kotor dan jijik.

“Jingga 13 Malaysia dan majoriti rakyat mengharapkan agar Tun Mahathir mengotakan janji dan merealitikan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden dan Konvensyen PH selepas persidangan APEC kepada peralihan kuasa yang aman dan harmoni.

“Rakyat sudah pasti sedang meneropong dan menilai setiap janji-janji yang telah dicanang-canangkan sebelum berjaya meraih kemenangan dalam pilihan raya umum ke-14 yang lalu sehinggalah mereka sanggup memberi dokongan sehingga kemenangan besar diraih oleh PH,” ujar beliau.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/hentikan-polemik-politik-jijik-terima-keputusan-majlis-presiden-ph-seru-ngo/#.XlG7PIbMQLA.whatsapp