Saturday 15 February 2020

Jingga13 Malaysia di Majlis Makan Tengahari Bersama Insaf Malaysia

Jingga13 Malaysia telah mendapat jemputan oleh Insaf Malaysia ke program Majlis Makan Tengahari Bersama Insaf Malaysia pada 15 Februari 2020 bertempat di Dapur Insaf Malaysia, Jalan Setiawangsa 8 , Kuala Lumpur.


Sdr Afzainizam Abdul Rahman,  Setiausha Jingga13 Malaysia hadir mewakili Jingga13 Malaysia.

Semoga hubungan erat Jingga13 Malaysia dan Insaf Malaysia akan terus mantap dan saling sokong menyokong ke arah misi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan dan bantuan



Program tersebut turut meraikan para asnaf , anak yatim , OKU , warga emas dan gelandangan.








Friday 14 February 2020

Jingga13 Kota Tinggi jalani gotong-royang bersih Balairaya Kg. Panti, Kota Tinggi

14 Februari 2020 , Jingga13 Kota Tinggi meneruskan khidmat Gotong Royong membersih Balairaya di Kg Panti, Kota Tinggi..


Balairaya ini adalah bangunan baru yang dibina untuk kegunaan masyarakat setempat. Malangnya bangunan ini tidak diserahkan kepada pihak MPKK sedari awal.


Menurut Pengerusi JKPZ kawasan tersebut yang juga merupakan Koordinator Jingga13 Kota Tinggi Sdr Kamaluddin Md Simpol, bill elektrik dan bill air dibalairaya itu tidak pernah dibayar dan tertunggak sehingga ianya telah dipotong. Ini angkara kelalaian kerajaan yang terdahulu.


Melihat keadaan persekitaran yang dipenuhi semak dan kotoran, Sdr Kamaluddin mengambil sikap penuh tanggungjawab dengan menganjurkan Program Gotong Royong bersama Komrad Jingga13.


Semak samun yang menutupi kawasan persekitaran balairaya, telah berjaya dibersihkan. Antara Kerja kerja yang dijalankan adalah meracun rumput, membersih longkang, mencantas pokok pokok bunga dan mengutip dan menyapu sampah sampah yang bersepah.


Selanjutnya, Sdr Kamaluddin akan bertemu dengan pihak YDP MDKT untuk berbincang berkenaan penyambungan semula elektrik dan air di balairaya itu.





Balairaya ini boleh dimanfaatkan untuk kegunaan masyarakat setempat. Adalah satu kerugian jika dibiarkan begitu saja tanpa pengawasan..

Thursday 13 February 2020

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL , JINGGA13 KOTA TINGGI SANTUNI TOK LEMAN

13.2.2020 Khamis, Jingga13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol selaku Koordinator telah mengaturkan satu program gotong-royong di rumah seorang warga emas yang bernama Tok Leman bin Ahmad di Kampong Kelantan, Kota Tinggi, Johor.





Beliau berusia 75 tahun dan tinggal keseorangan. Isteri beliau telah 4 tahun meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak tiri. Anak tiri beliau tidak tinggal bersama. Sebelum ini mereka tinggal di Kuala Sedeli. Setelah kematian isteri, Tok Leman tinggal seorang diri dan mengakibatkan beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain. Tersadailah Tok Leman di Kg Kelantan. Anak tiri beliau tidak mengetahui perkara ini dan hubungan mereka terputus.





Tok Leman telah membina rumah kecil sekadar untuk berlindung dari panas dan hujan di tepi rezeb sungai Kota Tinggi. Tanah tak bergeran dan bersifat sementara. Saiz rumahnya hanyalah berukuran 8' X 14'.





Tiada  sebarang perabut, tiada kerusi meja, tiada barangan elektrik, tiada pinggan mangkuk dan periuk belanga. Tiada bertikar, hanya bertemankan tilam dan bantal saja, itu pun hasil pemberian orang.


Beliau hanya menggunakan air hujan dan kadang kadang air sungai kerana tiada bekalan air paip. Begitu juga, rumah beliau tiada bekalan elektrik. Bila malam tiba, pelita minyak diesel lah yang menerangi rumah beliau. Beliau memberitahu bahawa beliau tidak mampu untuk menanggung kos api & air.





Tok Leman hanya dapat RM 300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Duit inilah yang digunakan untuk segala perbelanjaannya. "Kalaulah Baitulmal boleh bantu RM 200 lagi setiap bulan, senanglah sikit nak berbelanja, untuk sakit demam lagi..." kata Tok Leman.. Sebak, tersentuh hati kami.




Sdr Noorjepri Jailani, Timb Koordinator Jingga13 Kota Tinggi mencadangkan agar Tok Leman dipindahkan ke Rumah Kebajikan Orang Tua Tua, tapi beliau menolak. Beliau lebih senang tinggal disitu. Katanya, beliau tidak beberapa hari saja lagi untuk hidup... Beliau menunggu mati.. katanya. Lebih menyedihkan, beliau berkata, kalau beliau mati sekarang, dalam keadaan beliau tak berduit, siapa nak menguruskan jenazahnya. Siapa nak mandikan dia? Siapa nak solatkan dia? Siapa nak galikan kubur untuk dia? Siapa nak kebumikan dia? Semuanya memerlukan duit.. Sedangkan beliau tidak berduit. Sedih sungguh, menyayat hati, tak sedar air mata kami menitis kebumi.





Kami seramai 10 orang komrad Jingga13 Kota Tinggi cekalkan hati dan berikan sumbangan tenaga untuk membersihkan rumah beliau. Tidak terlalu susah kerja kami kerana rumah beliau berkeadaan bersih. Rumput liar disekeliling rumah beliau dibersih dan diracun. Semua sampah sarap dikutip dan dibuang. Kerosakan rumah beliau, belum lagi kami baiki terutama bahagian dapur, atap dan tangga depan. Kami kekurangan duit ketika ini. Minggu depan kami akan datang lagi dan meneruskannya... insyaallah...



Sebelum kami pulang, kami sempat mengumpulan duit dari poket masing masing dan hulurkan seberapa yang termampu kepada Tok Leman. Terima kasih diucapkan kepada Sdr Norjepri dan Rosli atas sumbangan barang barang keperluan dapur kepada Tok Leman.



Jingga13 Johor merakamkan jutaan terimakasih kepada Komrad Jingga13 Kota Tinggi yang bertungkus lumus membantu Tok Leman..

Zabidie bin Abas
Koordinator Jingga13 Johor

Shah Kesuma hadir SHARED (Sekolah Hubungan Antarabangsa, Ekonomi dan Diplomasi)

Shah Kesuma Jaya  Koodinator Jingga13 Melaka telah menghadiri SHARED (Sekolah Hubungan Antarabangsa, Ekonomi dan Diplomasi) pada 7-9hb Feb di Shah's Village Hotel, Petaling Jaya anjuran Diwan Reformasi.


Wednesday 12 February 2020

Jingga 13 saran hentikan istilah ‘Tukar Menteri Tukar Polisi’



Amalan yang menjadi kelaziman sebelum ini iaitu ‘Tukar Menteri, Tukar Polisi’ seharusnya dihentikan dengan segera.

Demikian disarankan oleh Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa ekoran isu cadangan untuk mengembalikan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Jelasnya cadangan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang juga merupakan pemangku Menteri Pendidikan untuk melaksanakan PPSMI semula adalah suatu tindakan yang benar-benar menghina rakyat yang telah bermati-matian berhempas pulas bangkit menentang pelaksanaan tersebut sebelum kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 lagi.

“Sejarah tidak boleh dilupakan apabila parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, para cendekiawan, gerakan pelajar dan mahasiswa, pakar bahasa dan sasterawan dengan pelbagai pengorbanan yang telah dibuat semata-mata bagi memansuhkan PPSMI sebelum ini.

“Selain itu kajian bebas dan antarabangsa turut membuktikan tahap pencapaian negara merosot dengan teruknya dalam kalangan 59 negara serta memberikan kesan negatif kepada pelajar di luar bandar.

“Himpunan membantah PPSMI pada 7 Mac 2009 tidak harus dilupakan dengan begitu mudah kerana ia masih lagi dalam ingatan mereka yang hadir dan tidak akan begitu mudah dilupakan, lebih-lebih lagi dengan tindakan pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk menghalang dan menghentikan himpunan rakyat serta usaha Gerakan Mansuhkan PPSMI bagi menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong memohon Baginda campur tangan menyelesaikan isu tersebut,” tegasnya.

Katanya lagi, Jingga 13 Malaysia menzahirkan rasa kecewa dengan proposal untuk melaksanakan semula PPSMI selepas pengambilalihan jawatan Menteri Pendidikan bagi menggantikan Dr Maslee Malik.

“Kita jangan lupa dan bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan yang turut menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan menteri yang lain.

“Seluruh rakyat negara ini yang telah berjuang dengan penuh kudrat dan semangat juang memansuhkan PPSMI sebelum ini seharusnya menolak usaha menghidupkan semula PPSMI.

“Tidak dapat dinafikan sekiranya cadangan untuk melaksanakan PPSMI ini diterima semula oleh kabinet maka ia akan memakan kos perbendaharaan negara bagi merealitikan cadangan tersebut, ” ujarnya.

Malah tambah beliau, anak-anak bangsa Malaysia tidak harus menjadi mangsa kepada eksperimen dan kaedah baru yang hendak diperkenalkan sekiranya amalan ‘tukar menteri, tukar polisi’ masih lagi menjadi amalan.

Menurut Fariz lagi, idea yang lebih bernas dan segar adalah diperlukan dengan pendekatan yang lebih efektif dalam usaha mengangkat dan memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris serta penguasaan Sains dan Matematik dikalangan para pelajar.

Sehubungan itu kata beliau, Jingga 13 Malaysia merayu kepada kabinet yang bakal bersidang dan membincangkan cadangan tersebut mengambil keputusan menolak cadangan pelaksanaan PPSMI yang dicadangkan oleh Pemangku Menteri Pendidikan .

JINGGA13 DI PERSIDANGAN SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI 2020

Jingga13 Malaysia hadir ke Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 bertempat di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam , merupakan anjuran bersama Institut Darul Ehsan (IDE) , Sasakawa Peace Foundation (SPF) , Habibie Centre (THC)  dan Universiti Selangor (UNISEL).


Sdr Mikheal Iskandaar,  Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia ,  Sdr Afzainizam Abd Rahman,  Setiausaha Jingga13 Malaysia dan Sdr Affendi Abas,  Koordinator Panatia Fb Page dan Sesawang telah hadir bagi mewakili Jingga13 Malaysia.

Program  tersebut turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ,  Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus, Dewan Rakyat menyampaikan ucaptama berjudul “Peaceful Coexistence dalam menguatkan rantau ASEAN: Cabaran Menghadapi Masa Hadapan”.


Penutup Persidangan tersebut disempurnakan YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail , Timbalan Perdana Menteri Malaysia .









.