Wednesday 16 December 2020

TIADA KEPERLUAN ANWAR LETAK JAWATAN


kenyataan Media 

Jingga13 Negeri Senbulan


TIADA KEPERLUAN ANWAR LETAK JAWATAN

 Menjawab desakan yang dikeluarkan oleh ketua penerangan PKN Negeri Sembilan,kita sedia maklum bahawa inilah gerakan politik yang dijangkakan akan berlaku selepas belanjawan 2021 diluluskan berikutan peruntukan kepada NGO ini cukup mewah. Baru - Baru ini belanjawan telah diluluskan dalam dewan rakyat dengan keadaan hanya berkelebihan 3 undi di pihak kerajaan PN pimpinan Tan sri Muhiyddin Yasin. Walaupun belanjawan telah diluluskan, namun ianya masih belum menepati kehendak rakyat malah belanjawan tersebut lebih bersifat untuk mengekalkan kuasa politik kerajaaan PN.

 


Dato seri Anwar Ibrahim tidak pernah menyatakan bilangan yang menyokong beliau malah yang berbohong Mempunyai sokongan lebih 112 adalah PN kerajaan pimpinan Tan sri Muhiyddin yassin yang sudah jatuh kerana sokongan beliau di dewan rakyat tidak melebihi 112 dalam undian untuk meluluskan belanjawan tersebut.

 Dalam situasi pandemik covid - 19 yang memasuki gelombang ketiga kini, kerajaan PN lebih gemar mengukuhkan kuasa daripada memikirkan kepentingan rakyat memandangkan kerajaan telah memberi peruntukkan semula kepada J-COM(dahulu dikenali sebagai JASA semasa pemerintahan barisan Nasional) dengan peruntukkan yang berkali ganda lebih tinggi daripada zaman kerajaan Barisan Nasional. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan PN lebih kepada untuk mengekalkan kuasa mereka.

 Kedudukan Dato seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai ketua pembangkang adalah dengan sokongan ahli parlimen PH, malah beliau adalah individu yang selayaknya memimpin ahli parlimen pembangkang untuk mengimbangi situasi check and balance terhadap kerajaan PN.

 Oleh demikian, jingga 13 Negeri Sembilan merasakan agak dangkal kenyataan sesetengah pihak yang mendesak untuk Dato Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang kerana  Dato Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai ketua pembangkang dengan keadaan diangkat dan dilantik secara bermaruah berbeza dengan situasi Tan Sri Muhiyddin Yasin yang kononnya diangkat menjadi perdana menteri namun melalui pintu belakang dengan mengkhianati mandat rakyat. Oleh demikian kerajaan PN perlu ingat bahawa sesetengah ahli parlimen yang melompat dan menyokong kerajaan PN perlu berasa malu atas kemenangan mereka sebagai ahli parlimen kerana kemenangan mereka adalah atas tiket PAKATAN HARAPAN yang menggunakan LOGO PARTI KEADILAN RAKYAT SEMASA PRU 14 yang lalu.


MOHD KHAIRUDIN BIN HASHIM

Koordinator Jingga13 Negeri Sembilan merangkap Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan