Wednesday 7 October 2020

JINGGA13 KLUANG BERSAMA PKR KLUANG ZIARAH WARGA EMAS DERITA SAKIT BUAH PINGGANG

6 Oktiber 2020 , Jingga 13 Kluang bersama Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang melawat 1 keluarga yang tinggal di Taman Kluang Barat, Kluang.

Puan Norasiah binti Rahmat yang merupakan seorang warga emas baru sahaja kehilangan suami tersayang, hari jumaat yang lepas. Suaminya telah terlantar sakit (stroke) selama 9 tahun.

Beliau yang tinggal bersama anak lelakinya yang masih bersekolah (tingkatan 4) hanya bergantung kepada pencen ilat arwah suaminya dan juga bantuan dari JKM.



Selain persekolahan anaknya, Pn Norasiah juga memerlukan kewangan yang banyak bagi rawatan dialisis dirinya, 3 kali dalam seminggu.

Sdr Jaafar dan Sdr Johan Arif dari Jingga 13 Kluang bersama Sdr Kalytas (KC Kluang) dan Sdri Teh Ben Siang dari Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang hadir dalam kunjungan prihatin tersebut, sedikit barang2 keperluan makanan harian dihulurkan bagi meringankan beban keluarga tersebut.





In Syaa Allah akan panjangkan kepada pihak2 yang berkenaan bagi membantu keluarga tersebut.

#Prihatin