Sunday 18 October 2020

JINGGA13 JOHOR SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANTAN CALON KETUA AMK SERI GADING

Ahad, 18 Oct 2020 , Mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa Sdr Amin Shafiq atau lebih dikenali dengan nama Along, Mantan Calon Ketua AMK Cabang Sri Gading pada hari Jumaat, 16 Oct yang lepas.

Sdr Along mengalami kecederaan dikakinya dan motornya mengalami kerosakan yang amat teruk.

Atas sikap prihatin, Jingga 13 Johor melancarkan tabung sumbangan bagi membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung Sdr Along akibat kemalangan tersebut.


Alhamdulilah, atas sikap prihatin komrad2 dan juga ahli2 parti Keadilan, berjaya mengumpul sedikit dana untuk disumbangkan kepada Sdr Along.

Hari ini, Koordinator Jingga 13 Johor, Sdr Zabidie bersama rakan2 Jingga 13 Johor dan juga ahli Parti Keadilan berkunjung ke rumah Sdr Along di Parit Raja.

Selain bertanya khabar, kami juga menyampaikan sumbangan wang tunai hasil dari sumbangan rakan2 kepada Sdr Along, diharap ianya dapat meringankan sedikit beban buat Sdr Along.


#Muafakat Prihatin Berani

#KamiKeadilan