Thursday 15 October 2020

JINGGA13 KLUANG DAN PKR KLUANG ZIARAH PESARA TENTERA DAN ISTERI MERANA CACAT KAKI KERANA DIABETIS

Rabu, 14 Oct 2020 , Jingga 13 KluanTbersama2 Keadilan Cabang Kluang meneruskan aktiviti turun padang membantu rakyat yang memerlukan.

Hari ini, Sdr Jaafar , Koordinator Jingga 13 Kluang bersama2 Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang, Sdr Johan Arif dan Sdri Teh Ben Siang, AJK Cabang Kluang melawat dan menyampaikan sumbangan kepada En Yusof yang tinggal di Tmn Murni, Kluang.

En Yusof, pesara tentera tinggal berdua bersama isterinya, menghidap penyakit kencing manis, telah kehilangan kedua2 belah kakinya, lebih menyedihkan isterinya juga mengalami nasib yang sama, dalam bulan 8 yang lepas, sebelah kakinya telah dipotong.


Sumbangan barangan makanan harian, pampers dan tongkat kaki 4 telah disampaikan, terima kasih kepada pihak SV Prohealth Farmasi yang sudi menyumbang barangan tersebut.