Sunday 2 August 2020

JINGGA13 SEKIJANG MEMBANTU YB HAJJAH NATRAH ISMAIL MENYEMPURNAKAN IBADAH QURBAN

Ahli Parlimen Sekijang YB Hajjah Natrah Ismail telah menganjurkan Ibadah Qurban dibawah kawasan beliau iaitu di Felda Redong, Felda Kemelah dan Tahang Rimau Segamat.


Ibadah Qurban ini telah dijalankan selama dua hari, 1hb Ogos dan 2hb Ogos 2020. Dan daging2 Qurban tersebut telah diagihkan  kepada penduduk setempat dan yang bersekitaran dengannya.



Menurut Setiausa Jingga13 Sekijang Puan Syasharena, beliau sangat teruja kerana dapat mencurahkan tenaga dan khidmat bakti bersama Semua Komrad Jingga13 Sekijang dalam menjayakan Ibadah Qurban anjuran YB Hajjah Natrah Ismail.




Sementara itu, YB Hajjah Natrah Ismail pula menyifatkan kerjasama bersama Jingga13 amat baik sekali dan dapat menyempurnakan program tersebut dengan jayanya.




Jingga13 Sekijang akan sentiasa membantu dan memenuhi apa juga program dan aktivi yang YB anjurkan. Terutama untuk kebaikkan rakyat dan masyarakat di sekitar Parlimen Sekijang.








Jingga13 Johor mengucapkan Syabas dan tahniah atas kejayaan penganjuran Ibadah Qurban ini. Moga usaha YB Hajjah Natrah Ismail ini akan sentiasa diberkati Allah.

#MuafakatPerihatinBerani