Thursday 27 August 2020

Jingga13 Perlis Ziarah Kasih Dua Insan Terpilih Di Kg Abi Tok Hashim

Tanggal 27/8/2020, , Jingga13 Negeri Perlis menyantuni 2 Insan Terpilih untuk menerima sumbangan barangan  keperluan dan pelitup muka ..



2 Insan terpilih ini tinggal di Kg Abi Tok Hashim, Insan pertama yang disantuni merupakan seorang anak kecil berusia 3 tahun 3 bulan, yang menghidap kanser tulang Tahap 4 dan ketumbuhan dibahagian kiri buah pinggang. 

Manakala Insan kedua adalah seorang wargaemas 80 tahun, juga di Abi Tok Hashim, yang agak kurang sihat kerana masalah lutut dan darah tinggi.

Kehadiran Sdra. Nashriq Timb. Koordinator jingga 13  Negeri Perlis, Sdra Nashriq , Setiausaha Jingga 13 Negeri Perlis , Sdra. Dzairi dan Ahli Jawatankuasa Seketeriat Jingga13 Negeri Perlis, Sdra Rosmaini, sedikit sebanyak telah membuatkan mereka berasa dihargai setelah disantuni.

Jingga13 Negeri Perlus akan terus bergerak menyantuni perbagai golongan terutamanya mereka yg memerlukan disegenap pelusuk negeri Perlis.

*#jingga13perlis*
*#muafakatprihatinberani*
*#membantuamalanmulia*