Wednesday 19 August 2020

JINGGA13 KLUANG DAN PKR CABANG KLUANG SAMPAIKAN KERUSI RODA KEPADA PN KOTHANAYAKEE

19 Ogos 2020 , Jingga 13 Kluang bersama2 Keadilan Cabang Kluang hari ini menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Pn Kothanayakee A/P Murugesu yang tinggal di Tmn Muhibah.

Beliau yang tinggal bersama anaknya tidak mampu untuk berjalan dan amat memerlukan sumbangan tersebut.

Sumbangan disampaikan oleh Sdr Jaafar, Koordinator Jingga 13 Kluang, Sdr Kalytas , Ketua Cabang Kluang , Pn Haryati , Ketua Wanita Cabang dan juga Ajk Cabang Kluang.



Terima kasih kepada SV Prohealth Pharmacy Sdn Bhd yang prihatin dengan menyumbang kerusi roda tersebut.

Diharap dengan  ini, dapat memudahkan pergerakkan Pn Kothanayakee.





#MuafakatPrihatinBerani

#KitaKeadilan

#Jingga13Kluang

#KeadilanKluang