Wednesday 26 August 2020

JINGGA13 KLUANG BERSAMA PKR CABANG KLUANG ZIARAH KASIH ANAK YATIM YANG TERLANTAR AKIBAT KEMALANGAN

Pada 25 Ogos 2020 , Jingga 13 Kluangbersama2 Keadilan Cabang Kluang melawat dan memberi sumbangan kepada adik Mohamad Hassanuden bin Abdul Aziz di Taman Koorakyat. , Kluang .



Adik Mohamad Hassanuden yang terlantar di rumahnya akibat kemalangan jalanraya kira2 4 bulan yang lepas. Beliau merupakan anak yatim piatu dijaga oleh adiknya dan anak saudaranya.




Bapa beliau meninggal akibat kemalangan setahun yang lepas, ibunya pula meninggal dunia kira2 tiga bulan yang lepas. 

Hadir dalam kunjungan , Sdr Jaafar dari Jingga 13 Kluang, Sdr Rosman, Jingga 13 Pontian , Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang, Sdr Peter Chew, Naib Ketua Cabang Kluang, Pn Haryati, Ketua Wanita Cabang Kluang dan juga ajk Cabang Kluang dan Wanita Cabang Kluang.




Dalam kunjungan tersebut, sumbangan katil, tilam dan juga wang tunai telah disampaikan kepada adiknya.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang, YB Hajjah Natrah, Ahli Parlimen Sekijang, Sdr Shafie, Koordinator Jingga 13 Sekijang, SV Prohealth Pharmacy dan juga rakan2 semua.









#MuafakatPrihatinBerani

#KeadilanKluang