Saturday 4 July 2020

JINGGA13 KULAI DAN AMK KULAI ZIARAH MUALAF MOHD SANI HENG ABDULLAH , PERNAH KE GEREJA RAYU SUMBANGAN SELEPAS DITOLAK MASJID

Jingga13 Kulai bersama AMK Kulai menziarahi seorang Mualaf yang meminta pertolongan agar membantu beliau. Pihak kami telah menghulurkan sedikit sumbangan barang dapur dan keperluan harian hasil inisiatif komrad Jingga13 Kulai.


Beliau adalah seorang bapa tunggal yang ditinggalkan isteri kerana menderita sakit usus dan tidak mampu bekerja lagi. Beliau tinggal bersama seorang anak dengan menyewa sebuah rumah di Saleng. Segala perbelanjaan ditanggung oleh anak, sementara anak beliau juga perlu menyara isteri dan anaknya di rumah yang berasingan.



Beliau pernah dua kali menjalani pembedahan, namun penyakitnya tidak sembuh. Doktor menasihatkan beliau menjalani satu lagi pembedahan, tetapi beliau tidak mampu meneruskannya kerana masalah kewangan.



Menurut beliau (Mohd Sani Heng Abdullah), beliau tidak pernah mendapat sebarang bantuan, samada bantuan JKM, Baitulmal ataupun Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Beliau pernah tebalkan muka berjumpa pihak masjid memohon ikhsan, tapi habuk pun tak dapat. Malah kena sekolahkan  lagi...



Beliau juga pernah ke gereja, tapi pihak gereja tidak berani menghulurkan bantuan dengan alasan, takut perkara ini menjadi isu. Oleh itu, Jingga13 Kulai akan membawa perkara ini ke pihak berwajib agar dibantu dan diberi perhatian.

Sementara itu, AMK Kulai segera menghubungi PA  YB ADUN untuk mendapatkan pertolongan. Insyaallah, dalam beberapa hari lagi, mereka akan adakan lawatan dan membantu apa yang perlu.

Terimakasih Jingga13 Kulai
Terimakasih AMK Kulai