Wednesday 29 July 2020

HARI KELUARGA JINGGA13 KEDAH SANTAI DAN MERIAH

Tanggal 29 Julai 2020 , Jingga13 Kedah telah mengajurkan program Hari Keluarga Jingga13 Kedah bertempat Kg. Lubok Batu , bersebelahan Sungai Baling , Kedah .


Menurut Tok Ayah Idris Othman , Koordinator Jingga13 Kedahh , " Program ini adalah bagi tujuan untuk merapatkan silaturahim anggota Jingga13 Kedah dan ahli keluarga mereka dalam membentuk permuafakatan yang jitu ".

Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Sdr Amizudin Ahmat , Bendahari Jingga13 Malaysia yang turut hadir ke program tersebut serta mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua komrad Jingga13 Kedah yang secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Hari Keluarga Jingga13 Kedah .











Tok Ayah Idris turut menyatakan " In Sha Allah jika diberikan kesempatan serta rezeki dan masa akan jayakan daripada masa ke semasa bagi memperkukuhkan kehormanian dan kekeluargaan Jingga13 Kedah ."