Tuesday 9 June 2020

YB DS Kak Wan , Jingga13 Kelantan serta Rahimi Ahmad beri sumbangan kepada Ibu anak 8 orang.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.


Begitulah ujian yang terpaksa ditanggung oleh seorang Ibu muda Norfadilah berusia 30 tahun mempunyai anak seramai 8 orang, hilang pendapatan apabila suaminya ditahan dan direman.

Kisah penderitaan Nurfadilah dan keluarga yang terpaksa dilalui sepertimana didedahkan oleh Jingga 13 Malaysia mendapat perhatian YB Dato' Seri Dr Wan Azizah (Kak Wan), Jingga 13 Kelantan dan Rahimi Ahmad ( mangsa tembakan rambang di Masjid Christchurch , New Zealand ).

Alhamdulillah,  Jingga 13 Malaysia yang diwakili oleh Koordinator Panatia Kebajikan & Prihatin sdr Amizudin Ahmat telah menyampaikan sumbangan kepada Norfadilah berjumlah RM1,000.00.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu muda ini.

Jingga 13 Malaysia menyeru kepada orang ramai untuk tampil membantu mereka dan sumbangan boleh terus disumbangkan ke dalam acc ibu Norfadilah iaitu -

Azizah Binti Awang
CIMB
7056761085