Wednesday 3 June 2020

JINGGA13 MERAYU BANTULAH IBU DENGAN 8 ORANG ANAK DAN MENJAGA IBU SERTA ADIK HILANG INGATAN

Jingga13 Malaysia terpanggil merayu rakyat Malaysia yang prihatin dan berhati mulia agar dapat membantu Pn Norfadilah, seorang ibu bersama 8 orang anak yang masih kecil serta turut menjaga ibu yang sudah tua dan adik yang hilang ingatan disebabkan  kemalangan yang memerlukan bantuan ekoran ketiadaan suami yang sedang ditahan oleh pihak polis. 



Sdr Amizudin Ahmat , Koordinator Kebajikan dan Prihatin Jingga13 Malaysia telah menzirahi keluarga tersebut setelah mendapat mesej daripada Pn Norfadilah ....

assalamualaikum tuan..
     
maaf menggangu tuan. Saya kat sini nak mohon bantuan dari segi kewangan dengan tuan sebab saya nak guna duit tu untuk mula bekerja. 

Saya ada 8 orang anak yang masih kecil dan menjaga ibu serta adik bongsu saya yang hilang ingatan semenjak terlibat dalam kemalangan tuan. 

Ibu saya juga seorang warga emas dan asnaf tuan.. 

Sebelum ni suami saya yang bekerja tapi apabila dia ditahan pihak polis sejak bulan lepas saya kehilangan tempat bergantung dan musim pkp buat saya sekeluarga tiada punca pendapatan..apatah lagi ibu dan adik saya juga tidak bekerja.. 

Meskipun saya masih di dalam pantang lagi ketika ini kerana bersalin anak yg ke-8, namun saya harus menggalas tempat suami saya untuk menjadi ketua keluarga saat ini tuan.. 

Anggaplah saya pinjam dari tuan dan saya akan bayar balik insyaallah gaji saya nanti tuan.. 

Tolonglah bantu saya tuan kerana duit sewa rumah juga kini tertunggak tuan.. 

Kalau saya tak bekerja siapa lagi yang akan bantu kami tuan..

Sebelum raya memang ada yang datang hulurkan sumbangan untuk ibu saya tapi tuan faham la dengan keadaan saya yang anak ramai dan dalam rumah yang tanpa ketua keluarga untuk bergantung jadi sumbangan tersebut telah digunakan untuk tujuan perbelanjaan dapur dan anak-anak.

Selain itu saya turut gunakan duit sumbangan itu untuk mencari kerja dan diterima bekerja tuan tapi saya perlukan sedikit modal untuk membeli seluar dan kasut kerja serta duit ulang alik saya bekerja sebelum saya gaji tuan dan nak buka akaun bank tuan..

Tuan rumah pun dah berkali-kali hubungi saya tuan..

Saya mohon bantuan tuan untuk saya mula kerja tuan sebab saya tak mahu malas terus terusan dibantu tuan. 

Jasa baik tuan saya sangat hargai dan semoga allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan.amin.

Maklumat akaun bank : 
(Ibu Saya)

AZIZAH BINTI AWANG
CIMB BANK
7056761085






Penderitaan dan kesusahan yang ditanggung oleh Pn Norfadilah sangat-sangat menyedihkan yang tinggal di alamat A-4-36 Blok Palas, Apartment Las Palmas, Jalan Desa Ria Bandar Country Homes, 48000 Rawang Selangor .

Jingga13 Malaysia merayu agar ada insan yang sedia membantu dan meringankan bebanan mereka sekeluarga.

Sebarang pertanyaan boleh dihubungi Sdr Amizudin Ahmat @ Din Binjai , Koordinator Panatia Kebajikan dan Prihatin Jingga13 Malaysia  di talian / whsap 0164695343  atau menghubungi Pn Norfadilah sendiri di talian 011 17511052 .