Wednesday 10 June 2020

JINGGA13 MALAYSIA TURUT HADIR DALAM LAWATAN PUSAT ZAKAT DAN PEJABAT ADUN RAWANG DI RUMAH NURFADILAH ( IBU BERSAMA 8 ORANG ANAK )

Hari ini,  Jingga13 Malaysia diwakili Sdr Amizudin Ahmat,  Koordinator Panatia Kebajikan dan Prihatin turut bersama dalam sesi lawatan Pusat Zakat Selangor dan Pejabat ADUN Rawang ke rumah Pn Nurfadilah ,ibu yang mempunyai 8 orang anak dan turut menjaga ibu yang sudah tua serta adik OKU.


Jingga13 Malaysia merasa amat gembira dan bersyukur dengan keprihatinan Pusat Zakat Selangor dan YB Chua Wee Kiat ADUN Rawang terhadap penderitaan yang dialami oleh Pn Nurfadilah sekeluarga.


Semoga kehadiran Pusat Zakat Selangor dan Pejabat ADUN Rawang dapat membantu Pn Nurfadilah dan seluruh ahli keluarganya serta dapat meringankan bebanan beliau ekoran ketiadaan suami yang masih berada dalam tahanan pihak polis malah beliau masih berada dalam pantang kerana melahirkan anak ke 8 .

Semoga Allah membalas jua segala jasa dan usaha murni ini .