Saturday 6 June 2020

JINGGA13 MALAYSIA DAN SELANGOR ZIARAH KASIH KELUARGA IBU BERSAMA 8 ANAK DI RAWANG

Hari ini 6 Jun 2020 pada jam 2 petang wakil Jingga13 Malaysia Sdr Amizudin Ahmat,  Koordinator Kebajikan dan Prihatin dan Sdr Muhamad Ibrahim bin Abdul Halim dari Jingga13 Selangor telah mengadakan program Ziarah Kasih ke rumah Pn Nurfadilah bertempat di Apparment Las Palmas , Bandar Country Homes,  Rawang.  Selangor .



Sebelum ini Jingga13 Malaysia telah menyiarkan penderitaan Pn Nurfadilah dan keluarga mereka dalam artikel berjudul JINGGA13 MERAYU BANTULAH IBU DENGAN 8 ORANG ANAK DAN MENJAGA IBU SERTA ADIK HILANG INGATAN https://jingga13malaysia.blogspot.com/2020/06/jingga13-merayu-bantulah-ibu-dengan-8.html?m=1 . Alhamdilillah telah menarik ramai penderma dan natizen yang sudi bersedekah bagi meringankan bebanan mereka melalui Jingga13 Malaysia dan Jingga13 Selangor.



Program Ziarah Kasih Jingga13 hadir bersama barang-barang keperluan keluarga tersebut seperti sebuah perabut almari pakaian ,  susu ,  pampers,  barangan bayi,  barang-barang makanan serta sedikit wang tunai agar dapat beliau gunakan untuk pergi bekerja.




Pn Nurfadilah yang masih dalam pantang kerana melahirkan anak ke 8 terpaksa berkerja untuk menyara 8 oramg anak yang masih kecil ,  ibu yang sudah tua dan seorang adik yang mengalami kecacatan ingatan kerana terlibat dalam satu kemalangan.kerana ketiadann suami yang berada dalam tahanan polis .



Jingga13 Malaysia dan Jingga13 Selangor merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga prihatin yang telah menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan untuk disampaikan kepada keluarga Pn Nurfadillah semoga Allah membalas jua.

Jingga13 Malaysia mengalu-alukan warga yang prihatin yang ingin bersedekah dengan menghubungi terus Pn Nurfadilah di talian 011 17511052 atau bersedekah ke akaun ibu beliau AZIZAH BINTI AWANG , CIMB BANK 7056761085 .