Thursday 18 June 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI TURUT SERTA DALAM PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA NAIK SEKOLAH SELEPAS PKPB

Komrad Jingga13 Kota Tinggi tampil membantu membersihkan kawasan Sek Men Keb Sultan Alauddin, Felda Bukit Besar dalam usaha bergotong royong menjelang pembukaan semula sokalah pada 24 jun 2020 ini.


Pihak sekolah telah bebesar hati menjemput kami, Jingga13 Kota Tinggi bagi membantu program tersebut. Antara kerja² yang dijalankan adalah menebang beberapa batang pokok, menyapu, membersih dan membuang sampah.




Kerja² SANITASI juga dijalankan bersama pihak Bomba. Sebelum itu, kami diberi penerangan awal dan taklimat cara² melaksanakan kerja² berkaitan, mengikut SOP yang sebenar.

Selain bergotongroyong, Koordinator Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Timb. Koordinator Jingga13 Kota Tinggi Sdr Noorjepri Jailani juga telah menghulurkan sumbangan Makanan & Minuman serta Tanah Hitam untuk kegunaan aktiviti pertanian di sekolah.




Jingga13 Johor mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada komrad yang terbabit dan yang sudi menyumbang segala bentuk pertolongan bagi menjayakan program tersebut.





#MuafakatPrihatinBerani
#KitaTolongKita
#HentikanRantaianC19