Thursday 14 May 2020

SELAMAT ULANGTAHUN KE 9 JINGGA13 MALAYSIA

Tanggal 13 Mei 2011 tarikh keramat tertubuhnya Jingga13 bertempat di Laman Seri Hotel , Seksyen 13 , Shah Alam. Selangor. Satu detik sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh peserta Kursus Media Sosial anjuran Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor.


Pelbagai suka-duka,  pahit-manis dilalui sepanjang perjalanan Jingga13 daripada sebuah NGO yang hanya bergerak di alam maya ke dunia nyata dengan menjalankan pelbagai aktiviti khususnya gerakerja politik dan kebajikan.  Daripada sebuah NGO yang haram kepada sebuah NGO yang sah berdaftar di ROS . Daripada hanya beberapa orang anggota sehingga sekarang mempunyai rangkaian Jingga13 di seluruh Malaysia .

Jingga13 lahir daripada keringat,  air mata para komrad yang terus bersama berjuang dalam arena politik tanahair,  membawa isu-isu rakyat dan berdepan dengan pelbagai risiko ditangkap,  dilokup dan didakwa ke mahkamah.

Jingga13 dibina daripada keringat dan penat lelah para komrad yang istiqamah serta silih berganti menerjah di pelusuk negara membawa wadah perjuangan rakyat serta membantu insan yang memerlukan seperti fakir miskin,  OKU,  gelandangan,  anak yatim,  ibu tunggal,  muallaf dan sebagainya .

" Muafakat,  Prihatin dan Berani " menjadi motto pegangan para komrad sebagai azimat yang digenggam erat dalam meneruskan perjuangan rakyat.

Teruskan perjuangan,  teruskan langkah walaupun kita berdepan dengan kegetiran,  tiada dana dan sebagainya.  Itu semua bukan penghalang,  bukan halangan kepada kita terutama gerakerja keprihatinan kita terhadap mereka yang miskin .

Kita mesti terus muafakat demi kekuatan , keutuhan dan penyatuan kita bersama,  "Kekitaan yang erat tiada yang berat " dan " Bersatu teguh bercerai roboh " dihayati bersama.

Terima kasih menjadi ahli keluarga besar Jingga13 dan terus istiqamah dalam perjuangan kita. Jangan berputus asa dan kecewa,  pengorbanan tinggi yang lakukan oleh semua komrad dan terus istiqamah melakukan aktiviti sangat-sangat dihargai walaupun kita berdepan dengan PKP dan Covic-19.
Jangan kita berhenti daripada terus melakukan kerja membantu golongan miskin dan asnaf.

Selamat ulang tahun ke 9 kepada semua anggota Jingga13 diseluruh Malasysia .