Friday 17 April 2020

JINGGA13 PERLIS SANTUNI 2 FAMILI YANG TERKESAN KERANA PKP

Tanggal 15/4/2020 , Jingga13 Perlis turun menziarahi 2 buah keluarga di dalam DUN Bintong.


Rumah pertama yang kami hantar bantuan di Jalan Sungai Batu Pahat sebuah keluarga terputus makanan kerana suami tidak boleh bekerja sepanjang PKP.

Encik Sasunizam dan Puan Beardawati tinggal bersama 4 org anaknya yang masih kecil.
Dengan pendapatan sebanyak 900 sebulan dan hanya bekerja sebagai buruh binaan apalagi pekerjaan terpaksa dihentikan akibat PKP.
Menurut mereka bantuan prihatin nasional yang akan menerima Rm1000 bulan ini mereka tidak dapat diterima akibat sebelum ini mereka menerima bantuan tersebut melalui voucher dan ditebus di bank kerana isteri tiada akaun bank.

Tetapi apabila mereka ke bank,difahamkan pihak bank mengatakan mereka hanya akan menerima wang bantuan tersebut selepas PKP berakhir.Ramai golongan susah menghadapi masalah sebegini.


Rumah Kedua yang kami pergi adalah Kg Abi Padang Machang rumah Encik Norizan yang hanya berkerja mengambil upah di bendang dan berpendapatan sebanyak Rm750 sebulan.

Encik Norizan tinggal bersama 4 org anak yang masih kecil. Dalam tempoh pkp sekarang Encik Norizan mengambil peluang  menjual ikan sayur dan sebagainya untuk menampung perbelanjaan harian mereka sekeluarga.


Mereka menghubungi wakil Jingga13 dan kami telah menyalurkan sedikit bantuan barang makanan kepada beliau.

Kelmarin 2 buah keluarga ini telah disantuni oleh wakil Jingga 13 bagi meringankan sedikit beban mereka dalam tempoh PKP yg berlangsung sekarang ini.Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat menampung keperluan dapur mereka sebelum menerima bantuan atau sumbangan daripada pihak yang dipertanggungjawapkan.

#Muafakat
#Prihatin
#Berani