Monday 20 April 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI TERUS KE PINTU-PINTU RUMAH SAMPAIKAN SUMBANGAN

Jingga13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Sdr Noorjepri Jailani meneruskan lagi khidmat turun kepadang memberi bantuan kepada golongan yang terkesan akibat Covid19 di sekitar Kota Tinggi.




Kali ini, mereka bertindak terus kerumah golongan penerima dan menghulurkan sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan dapur. Seramai 50 keluarga telah menerima manfaat atas bantuan ini.





Menurut Koordinator Sdr Kamaluddin Md Simpol, beliau dan Sdr Noorjepri Jailani telah menerima kelulusan dan memiliki watikah lantikan sebagai Sukarelawan Covid19. Ini membolehkan mereka meneruskan khidmat untuk membantu masyarakat ..




Sementara Sdr Noorjepri pula berkata, beliau berasa anat sedih kerana semua penerima yang ditemuinya, rata-rata sudah hampir kehabisan barang makanan dan kewangan pun amat tipis.  Beliau menyifatkan bahawa ini adalah KEMISKINAN TANPA DIDUGA.

Jingga13 Johor amat optimis dengan setiap usaha yang membantu masyarakat. Yang menjadi keutamaan adalah keselamatan diri dan masyarakat. Sila amalkan peraturan pencegahan rantaian dari merebaknya pandemik Covid19 dan patuhi arahan Pihak Berkuasa.

Syabas diucapkan kepada Jingga13 Kota Tinggi atas usaha murni kalian..

#MuafakatPerihatinBerani
#StayAtHome