Tuesday 21 April 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN COVID19 DIBAWAH KAWASAN MDKT

Pihak Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) telah memberi kepercayaan kepada Koordinator Jingga13 Kota Tinggi Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Timbalan Sdr Noorjepri Jailani untuk mengagihkan sumbangan barang makanan dan keperluan dapur kepada 50 penerima disekitar kawasan MDKT.



Mereka juga turut dibantu oleh Tok Azmi Ketua Kampong, Kampong Jawa, Kota Tinggi dalam menyempurnakan tugas tersebut. Seramai 50 keluarga telah mendapat manfaat dalam agihan kali ini.




Barangan sumbangan berupa beras, gula, tepung, minyak masak, meehoon, sardin, kopi, teh, susu, biskut dan pelbagai lagi makanan ringan yang berjaya disumbangkan.





Jingga13 Kota Tinggi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MDKT atas sumbangan ini. Keperihatinan Tuan YDP En Syaifol Rahman sangat disanjung tinggi.





#MuafakatPerihatinBerani
Jingga13 Kota Tinggi