Wednesday 8 April 2020

" BIAR KITA LAPAR ASAL JIRAN SEKAMPUNG TIDUR DALAM KEKENYANGAN " - JINGGA13 KOTA TINGGI

Alhamdulillah, Jingga13 Kota Tinggi meneruskan pemberian sumbangan barang makanan dan barang dapur di sekitar felda Bukit Besar. Seramai 10 orang penerima yang telah dikenalpasti terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menurut Koordinator nya Sdr Kamaluddin Md Simpol, untuk agihan kali ini, beliau telah beri keutamaan untuk sekitar kampong beliau sahaja iaitu Felda Bukit Besar. Ini kerana kedapatan permohonan bantuan dan beliau merasakan mereka2 ini sangat wajar untuk dibantu.




Menurut beliau lagi, penduduk di Felda Bukit Besar kini tiada pendapatan dan bergantung sepenuhnya dari bantuan sara hidup. Pokok sawit telah ditebang dan belum mendapat hasil lagi..



Ramai penduduk yang terkesan dan terpaksa berbelanja dengan berjimat cermat. Dalam suasana PKP ini, anak2 dan cucu2 semua melepak kat rumah. Asyik makan jer kerjanya.. Inilah yang menjadi cabaran kepada mereka..


Namun, kami merasakan ini adalah tanggungjawab kami juga untuk memastikan tidak ada penduduk yang kebuluran. Kami tidak boleh tidur selesa dalam keadaan jiran kami tidur dengan perut yang lapar.

Harap pihak Felda dan kerajaan memandang perkara ini. Bantuan untuk warga felda perlu disalurkan terutama kepada peneroka yg sedang melalui proses tanam semula.


Jingga13 Johor merakamkan ucapan terima kasih kepada Jingga13 Kota Tinggi khususnya Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Shaddiq Jinggawan Kota Tinggi atas agihan tersebut. Terimakasih juga diucapkan kepada penyumbang yg dermawan. Moga jasa kalian dapat perhatian dari Allah SWT...