Sunday 8 March 2020

SUMBANGAN PRIHATIN JINGGA 13 KLUANG KEPADA KELUARGA PESAKIT KOMA KERANA KEMALANGAN

7 Mac 2020 - Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang atas sikap prihatin telah melawat 1 keluarga di No 7, Jalan Harimau, Renggam Johor,
Pn Noor Azlin bersama anaknya yang berusia 5 tahun, tetap setia dan gigih menjaga suaminya En Mohd Nizam yang koma akibat kemalangan kira2 5 tahun yang lepas .


Dalam kunjungan tersebut, Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 turut memberi sedikit sumbangan barangan makanan kepada Pn Noor Azlin .



Semoga Pn Noor Azlin tetap tabah dengan dugaan yang diterima dan mudah-mudahan suaminya sembuh seperti sediakala.



Berat mata memandang , Berat lagi bahu memikul.

Jaafar bin Matek
Koordinator
Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang