Wednesday 25 March 2020

JINGGA13 PONTIAN SUMBANG TOPENG HIDUNG DAN MULUT KEPADA KLINIK KESIHATAN PENEROK. PONTIAN

Sdr Rosman Tahir , Koordinator Jingga13 Pontian dan Mak Intan, Ketua Jinggawanis Jingga13 Pontian mewakili Jingga 13 Pontian menghulurkan sumbangan topeng hidung dan mulut beserta air mineral kepada Klinik Kesihatan Penerok, Pontian .


Menurut Mak Intan , " kami mendapat maklumat, stok topeng hidung dan mulut yang ada di Klinik Kesihatan Penerok amat terhad dan mereka tidak dapat berikan mask kepada pesakit yang datang untuk menerima rawatan" .

Semoga usaha ini dapat turut membantu ke arah menyekat dan membendung penularan covid -19 .