Monday 16 March 2020

JINGGA13 NEGERI SEMBILAN ZIARAH 6 ASNAF MISKIN, OKU DAN IBU TUNGGAL

Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana mengizinkan Jingga13 Negeri Sembilan turun padang menzirahi ibu tunggal, OKU n asnaf hari ini...

Jingga1+ Negeri Sembilan juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada komrad yang sudi turun padabg bersama2 menziarahi. dan mrnghulurkan sedikit sumbangan bagi neribgankan bebanan mereka.

Terima kasih kepada saudara Kamal, Shafiq, Saudara Khairudin n Saudari Mastura .

Berikut adalah beberapa asnaf yang telah diziarahi :






1) Seorg ibu tunggal bernama Rozian bt Md Redzuan di Rumah Rakyat Permatang Pasir yang telah kematian suami 3 bulan lepas kerana sakit kronik . Beliau juga mempunyai seorang anak OKU berusia 10 tahun yang juga penghidap penyakit Tibi dan terpaksa menggunakan pampers . Beliau hanya berharap kepada pencen ilat SOCSO dari arwah suami .





2) Seorg OKU bernama Suboh bin Abd Manaf berlamat di No 27 Rumah Rakyat Permatang Pasir. Beliau juga mengidap asma, batu karang dan katarak yang menyebabkan beliau terpkasa ulang alik ke Hospital Selayang hampir setiap minggu urusan terutama penyakit batu karang yang kronik.




3) Seorang ibu tunggal bernama Pn.  Nor Fazilah yang tinggal di No 43 Rumah Rakyat Permatang Pasir. beliau menyara hidup dengan menjual kuih-muih . Beliau telah memohon bantuan JKM , Baitulmal namun sehingga sekarang gagal tanpa alasan daripada agensi-angensi tersebut . akibat kewangan yang tidak mencukupi rumah sewa beli sudah hmpir 14 bulan tertunggak !!! sebulan RM152 yang perlu dibayar ilrh On Nor Fazilah.  




  
4) OKU fizikal bernama En. Borhan bin Hussin, berlamat di No 104 Rumah Rakyat Permatang Pasir. Beliau menyara hidup dengan bantuan JKM berjumlah RM350 sebulan . Selain hadapi kecacatan fizikal beliau juga penghidap paru2 kecil , di mana setiap bulan wajib ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan ubatan.



5) Seorang ibu tunggal bernama Pn.  Norliza yang menetap di Kg. Permatang Pasir. Beliau menyara hidup dengan bantuan JKM RM200 sebulan dan bantuan seorang anak yang bekerja. Pn. Norliza masih ada 2 anak yang masih bersekolah iaitu sekolah menengah dan rendah.




6) Seorang asnaf miskin bernama Pn.  Salbiah bt Ninggal. Merupakan penghidap sindrom radang saraf kronik. Suami beliau hanya kerja kampung yang berpendapatan bawah RM1000 sebulan . Pn.  Salbiah juga mendapat bantuan JKM berjumlah  RM270 sebulan yang hanya dapat menampung ubatan namun tidak mencukupi.