Sunday 8 March 2020

Jingga 13 Muar menjelajah menyantuni 2 orang asnaf OKU.

7.3.2020 - jingga 13 Muar terus menjalani Misi Jejak Prihatin. Rumah pertama ialah rumah Encik Abd Latif bin Abd Hamid yang terletak di Sungai Balang Kecil, Muar.




Encik Abd Latif adalah warga tua yg berumur 73 tahun dan dalam keadaan uzur manakala isterinya pula berkerusi roda. Lebih menyedihkan anak mereka yang belum berkahwin dan duduk serumah adalah anak-anak OKU  Sindrome Down yang berumur 31 dan 23 tahun. Mereka mengharapkan anak yang belum berkahwin iaitu Encik Asri untuk membantu.. Saat yang terharu apabila ibu Encik Asri menangis kesedihan apabila menerima sedikit bantuan barangan keperluan dapur dari team Jingga 13 Muar.



Rumah kedua yang kami susuri untuk memberikan sumbangan ialah rumah Puan Suhada terletak di Parit Penyengat Laut. Seorang ibu tunggal yang OKU yg tidak boleh bergerak..hanya duduk dan baring di atas katil sahaja. Beliau di jaga oleh anak dan menantunya yang mana pendapatan mereka tidak menentu.




Semoga Allah merahmati kalian dan di berikan kemudahan dalam.meneruskan kehidupan..aamiin

#koordinatorjingga13muar
#jinggamalaysia
#jalanterus