Saturday 8 February 2020

PENUBUHAN JINGGA13 PONTIAN DIPIMPIN SDR ROSMAN

7hb Januari 2020, Jingga13 Pontian pula ditubuhkan setelah menubuhkan Jingga13 Muar.


Rentetan dari saranan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia, Sdt Fariz Musa agar mengiatkan penubuhkan Jingga13 di Peringkat Parlimen, maka tertubuhnya PERTUBUHAN KEBAJIKAN JINGGA13 PONTIAN .


Hasil perbincangan santai di kediaman Ketua Kampong Tok Ambok Ghani di Kampong Parit Tengah, Benut telah sepakat dan bersetuju untuk menubuhkan NGO Jingga13 di Pontian.



Koordinator Jingga13 Johor Sdr Zabidie bin Abas hadir menyaksikan perbincangan tersebut dan menyampaikan taklimat penubuhan Jingga13 seterusnya memberikan tunjukajar etika penubuhan. Setelah dipersetujui oleh semua komrad, beliau lantas melancarkan penubuhan PERTUBUHAN KEBAJIKAN JINGGA13 PONTIAN dengan rasminya.

Tahniah kepada Sdr Rosman bin Tahir kerana telah dilantik sebagai Koordinator Jingga13 Pontian. Seterusnya beliau juga telah berjaya membentuk Sekretariat dan Panatia nya.

Seterusnya beliau berazam untuk melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan sebaik mungkin. Pengalaman yang beliau miliki, akan digunakan untuk membangunkan Jingga13 Pontian.


Hadir sama menyaksikan penubuhan bersejarah Jingga13 Pontian ialah Sdr Murad Jailani Timb Kordinator, Sdr Jaafar Matek Setiausaha, Koordinator Jinggawan dan Jinggawanis juga Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Ain Nur Shaddiq Panatia Jingga13 Johor.


Semoga dengan tertubuhnya Jingga13 Pontian ini, ianya akan dapat membantu dan membela golongan asnaf, miskin, OKU serta segenap lapisan masyarakat sekitar Pontian.

Berikut afalah Anggota Sekretariat Jingga13 Pontian :

Kordinator :
Rosman Tahir

Timbalan Koordinator:
Mohamad Haidir Hasbullah

Setiausaha:
Nazri Nazrio

Bendahari:
Saiful Ariffin

Jinggawan:
Ambok Jufri

Jinggawanis:
Radziah Jayis

Ahli Jawatankuadsaa:
1: Asmadi
2: Saiful Amti
3: Roslan Aziz
4: Ambok Ghani
5: Aminul Rashid
6: Satesh
7: Abdul rahman.   Hosman
8: Abas Supoh
9: Mohd Fazli
10: Mohd Nizam
11: Md hisham

#Muafakat
#Perihatin
#Berani