Monday 3 February 2020

Jingga13 Malaysia di Majlis Makan Malam Insaf Malaysia

Jingga13 Malaysia telah dijemput menghadiri Majlis Makan Malam Insaf Malaysia sempena sambutan 10 tahun Insaf Malaysia sebagai sebuah NGO yang memberikan khidmat bakti membantu orang yang ditimpa kesusahan di dalam dan luar negara. 

Bersama Sdr Ishak Presiden Insaf Mlaaysia

Sdr Fariz Musa,  Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia dan Sdr Afzainizam,  Setiausaha Jingga13 Malaysia bersama Sdr Faizal dan Sdr Aidil daripada Jingga13 Terengganu hadir ke majlis makan malam tersebut yang dihadiri YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,  Timbalan Perdana Menteri Malaysia.



Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Insaf Malaysia yang sudi menjemput kami dan akan terus memberikam komitmen bersama Insaf Malaysia dalam kerja-kerja kebajikan yang sebelum Insaf Malaysia banyak membantu Jingga13 Malaysia . Selamat menyambut tahun ke 10 Insaf Malaysia .