Sunday 19 January 2020

KHAIRUDDIN ABU HASSAN HENTIKAN KEBIADAPAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM

kenyataan Media

17 Januari 2020

KHAIRUDDIN ABU HASSAN HENTIKAN KEBIADAPAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM

Saya mendesak Dato Khairuddin Abu Hassan menarik semula perkataan 'penyangak' yg dilontarkan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat dan meminta maaf secara terbuka atas penghinaan yg diberi kepada bakal Perdana Menteri Malaysia Ke 8 Dato Seri Anwar Ibrahim. Seharusnya beliau selesaikan masalah peribadi beliau dengan Anwar Ibrahim secara gentlement dan lebih matang memandangkan kini semua berada dibawah satu gabungan, Pakatan Harapan yg dipilih dan diberi kepercayaan oleh majoriti rakyat Malaysia untuk memperjuangkan Agenda Reformasi dalam kebangunan-semula negara demi rakyat dengan berpaksikan nilai-nilai yang dikongsi bersama, termasuk kebenaran, keadilan, kebebasan, integriti, kebajikan dan tatakelola yang baik.

Saya memandang serius tohmahan yg dilontarkan beliau. Ini menggambarkan sikap seorang yg cukup biadap, sombong dan tidak beretika. Selain itu, tuduhan 'merebut kuasa' yg dinyatakan amat dangkal kerana semua pihak sedar dan tahu dimana perjanjian yg dimetrai diantara semua komponen Pakatan Harapan jelas mengatakan peralihan kuasa kepada Dato Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam tempoh 2 tahun jika gabungan ini menang dalam Pilihanraya Umum ke 14 yg lalu. Malah secara sengaja menghina dengan melontarkan pelbagai tuduhan dan hinaan tanpa berselindung bertujuan menjatuhkan kredibiliti bakal pwmimpin negara yang disegani dan diiktiraf barisan pemimpin dunia. Sebagai ahli politik yg bukan baru dalam dunia politik tanah air beliau seharusnya tahu dan sedar peranan beliau ketika ini, bukan seperti kanak kanak yg merengek kehilangan mainannya.

Saya sekali lagi dengan tegas meminta Dato Kairuddin Abu Hassan menarik segala tohmahan dan hinaan termasuk hentikan cubaan memesongkan keyakinan rakyat menggunakan propaganda murahan yg dibawa sejak dari zaman UMNO-BN yg lalu. Tindakan yg keterlaluan ini tidak boleh diterima sama sekali oleh orang yg berfikiran waras dan normal.

Muafakat * Prihatin * Berani

Mohd Rudey Bin Abd Rahman
Koordinator Penerangan & Komunikasi
Jibgga13 Malaysia