Wednesday 15 January 2020

KESEDIAAN TUN DR MAHATHIR MELEPASKAN JAWATAN ADALAH BUKTI BELIAU NEGARAWAN SEJATI

Kenyataan  Media
Jingga13 Malaysia

15 Januari 2020

KESEDIAAN TUN DR MAHATHIR MELEPASKAN JAWATAN ADALAH BUKTI BELIAU NEGARAWAN SEJATI

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya serta-merta jika diminta berbuat demikian oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) adalah membuktikan beliau seorang yang tidak memungkiri janji dan merupakan negarawan sejati demi kecintaan beliau kepada negara .


Jingga13 Malaysia merakamkan rasa hormat dan terima kasih di atas kesediaan Tun Dr Mahathir yang bersedia untuk memastikan keputusan Konvensyen Pakatan Harapan yang telah dimeterai di IDCC Shah Alam tanggal 7 Januari 2018 direalisasikan di atas prinsip perpaduan Pakatan Harapan .

Sudah pasti kenyataan Tun Dr Mahathir tersebut disambut dengan hati yang terbuka dan menutup sebarang spekulasi yang cuba untuk membuat pelbagai persepsi dan andaian malah mengapi-apikan Pakatan Harapan agar dilihat berantakkan dalam isu tersebut sedangkan tempoh 2 tahun belum lagi berlaku .

Transisi kuasa ini sudah pasti akan memberikan impak yang positif antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim  sebagai Perdana Menteri ke 8 berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni dan sempurna agar negara akan terus dipacu dengan lebih cemerlang lagi setelah segala usaha bersungguh-sungguh oleh Tun Dr Mahathir membaiki negara yang telah dirosakkan oleh UMNO dan Barisan Nasional .

Jingga 13 Malaysia yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mampu meneruskan legasi Tun Dr Mahathir dan merealitikan agenda reformasi ke arah negara yang lebih terbilang serta menyempurnakan manifesto Pakatan Harapan {PH) , menjana ekonomi yang lebih mampan , menghapuskan rasuah dan penyelewengan dan membina kehidupan rakyat yang lebih baik terutama golongan B40  .

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang bakal bersidang diharapkan dapat menetapkan tarikh yang terbaik agar transisi ini berlangsung dalam suasana yang harmoni demi perpaduan dan penyatuan Pakatan Harapan . Sudah pasti rakyat ingin melihat transisi ini berlangsung dalam suasana yang sempurna . Tun Dr Mahathir akan disanjung selama-lamanya oleh rakyat Malaysia sebagai Negarawan Sejati .

Muafakat × Prihatin × Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia