Friday 10 January 2020

Jingga13 Kluang bersama-sama Kota Tinggi , Pontian dan Muar ziarah Adik Nely Nur Aleesya yang derita sakit rosak paru-paru

10 Jan 2020 - Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang bersama-sama rakan dari Kota Tinggi, Pontian dan Muar berkesempatan melawat adik Nely Nur Aleesya yang tinggal bersama keluarganya di No 20, Tingkat Bawah Blok F3, Taman Sri Kluang, Kluang



Adik Nely Nur Aleesya berusia 7 tahun menghidap penyakit rosak paru-paru, dimaklumkan bapanya 1 paru-paru telah rosak dan 1 lagi hanya tinggal 30% sahaja.


Adik Nely Nur Aleesya walaupun sudah berusia 7 tahun tapi tidak dapat ke sekolah disebabkan penyakit yang dihadapinya, perlu bergantung terus kepada mesin oksigen.


In Sha Allah Jingga 13 Kluang akan cuba mencari dana bagi menyumbang apa yang perlu bagi adik Nely Nur Aleesya dan memanjangkan kepada pihak-pihak yang boleh membantu, kepada yang ingin membantu, boleh hubungi Sdr Jaafar Matek oor di ator Jingga13 Kluang di talian 0197282416 untuk maklumat adik Nely Nur Aleesya.