Saturday 30 November 2019

J13RT Pahang turun padang edar risalah langkah-langkah penting jika berlaku banjir di Parlimen Kuantan

Jingga 13 Rescue Team ( J13,RT ) Pahang hàri ini mengedar risalah langkah-langkah yang perlu diambil perhatian jika berlaku banjir di kawasan berisiko terpilih.


J13RT Pahang turun  kelapangan di lokasi-lokasi yang sering berlaku banjir di sekitar Parlimen Kuantan , sebagai langkah awal memberikan kesedaran kepada masyarakat agar bersiap-sedia menghadapi segala kemungkinan berlakunya banjir .


Sdr Shahabuddin , Koordinator Jingga13  Pahang berkata , " Diharapkan risalah ringkas tersebut dapat membantu serta memberi peringatan kepada mereka agar mengambil langkah awal , serta juga terdapat nombor - nombor penting seperti Bali Polis berdekatan , Balai Bomba dan Penyelamat  yang berhampiran kediaman mereka , Angkatan Pertahanan Awam dan sebagainya .



















Jingga13 Rescue Team Kemaman sertai Taklimat dan Simulasi Banjir anjuran NADMA

 jingga13 Rescue Team ( J13RT ) Kemaman telah menghadiri Taklimat dan Simulasi Banjir anjuran NADMA , Jabatan Perdana Menteri di INTAN Wilayah Timur, Chukai , Kemaman pada 28 hingga 29 November 2019 .


Mereka diberikan pendedahan secara teori dan praktikal perkaitan pengurusan serta kemahiran dalam menghadapi bencana banjir , termasuk pengurusan pusat Pemindahan Sementara dan juga aktiviti menyelamat di air .

Turut bersama ialah Tuan Zahari, Timbalan Pengarah NADMA , Jabatan Perdana Menteri dalam program Taklimat dan Simulasi tersebut 

Menurut sdr Wan Aniese Wan Adnan , Koordinator jingga 13 Kemaman , " taklimat dan simulasi ini sangat penting memberikan pengetahuan serta ilmu yang berguna dalam mempersiapkan diri membantu mangsa banjir dan ianya adalah sangat penting dan berguna "









Add caption



Jingga13 Kedah lancar Jingga13 Rescue Team hadapi banjir dan bencana

Jingga13 Kedah telah melancarkan Jingga13 Rescue Team ( J13RT ) Negeri Kedah sebagai langkah bersiapan menghadapi banjir dan bencana  . Pelancaran J13 RT Negeri Kedah disempurnakan oleh Koordinator Jingga13 Kedah Tok Ayah Idris Othman .



Friday 29 November 2019

Jingga13 terbitkan kalender meja ekslusif tahun 2020 Anwar Ibrahim PM8 !

Dapatkan Kalender Meja 2020
'Anwar Ibrahim PM8' Eksklusif!!!
Hanya RM10 !!!

Bagi yang ingin Pre-Order boleh hubungi nombor yang tertera atau boleh jumpa kami di Kongress Melaka pada 5,6 dan 7 hb disember 2019 bagi yang ingin membeli terus.


Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Kalender edisi terhad ini.


Hubungi :-
0192568524
011-23539343

Selamat maju jaya kepada pasukan negara daripada Jingga13 Malaysia


JINGGA13 MALAYSIA DIJEMPUT KE SESI DINNER TALK PENAMBAHBAIKAN SISTEM DAN UNDANG-UNDANG PILIHAN RAYA: MASA DEPAN DEMOKRASI BERPALIMEN DI MALAYSIA

Jingga13 Malaysia telah dijemput menghadiri Sesi Dinner Talk, Penambahbaikan Sistem Dan Undang-Unrang Pilihanraya Masa Depan Demokrasi Berparlimen di Malaysia Anjuran Bersama Akademi Kepimpinannya nan dan Pengurusan ( AKP ) dan BERSIH 2.0 pada 28 November 2019 (Khamis)
bertempat di Plaza Ballroom Ower Lobby, Hotel Park Royal  Kuala Lumpur


Sdr Afainizam Abd Rahman , Setiausaha Jingga13 Malaysia hadir mewakili Jingga13 Malaysia .


Ahli Panel Dinner Talk   tersebut terdiri daripada
 1. YBhg. Tan Sri Haji Ab Rashid bin Ab Rahman
 2. YBhg. Datuk Azhar bin Azizan Harun
 3. YB Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof



Monday 25 November 2019

Jingga13 Selangor rayu derma bantu Adik Awal , perlukan RM65ribu untuk pembedahan selamatkan tangannya risiko dipotong

*Sumbangan & Derma Kilat*


Jingga13 Selangor merayu warga Malasyai yang prihatin membantu Adik Awal Neddim.
Ini adalah alternative akhir untuk Muhammad Awal Neddim..

Adik ini memerlukan rawatan di luar negara bagi menyelamatkan tangannya. Kos keseluruhan rawatan sebanyak RM65 ribu . Mohon bantuan org ramai sudi menderma dan menolong adik Awal yang pengidap sakit hemangioma (venous malformation).

Beliau telah dirujuk di hospital dan doktor telah memberitahu untuk  menjalani pembedahan dan risiko di sini amat tinggi kerana telah merebak hingga ke tapak tangan dan mengakibatkan risiko untuk membuang keseluruhan pergelangan tangan 99% (kudung). Setiap hari  dia mengadu sakit & menangis.

Jingga13 Selqngor sangat mengharapkan orang ramai sudi menderma untuk Adik Awal walaupon RM1.. sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka sekeluarga. Hanya Allah swt yg dapat membalas jasa kalian semua. Doakan semoga ada rezeki untuk Adik Awal Neddim untuk buat rawatan..

Sumbangan anda boleh di salurkan melalui no acc ayah kepada adik Awal Neddim:

*Maybank*
164098565673
*Muhamad shahril hassanudin*

#DunJeram